29 Apr 2020

Taman Broccoli

Taman Broccoli -

Taman Broccoli

By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
Brocolli, di potong sedang
Sayur Pak Choy
Cendawan Hitam, rendam
Air untuk mencelur
Sedikit minyak masak
1 sudu kecil gula

Sayuran campur, di potong kecil
Cendawan butang
Fungus Hitam
Batang Brocolli, hiris nipis
Carrot
Kacang buncis, jika suka
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu besar minyak

Bahan Sos
3 ulas bawang putih, cincang
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap manis
1 1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil tepung jagung di bancuh sedikit air
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung bancuh sedikit air

Cara-cara :
  1. Didihkan air, masukkan minyak dan gula untuk jadikan sayur berkilat dan segar.
  2. Celur sebentar pak choy, cendawan hitam dan brocolli secara berasingan dan toskan.
  3. Kemudian celur sayuran campur, Toskan.
  4. Susun pak choy dan brocolli di dalam pinggan hidangan.  Ketepikan.
  5. Dalam kuali, tumis sayuran campur dengan sedikit minyak dan sos tiram.
  6. Angkat dan masukkan di tengah pinggan hidangan. Ketepikan.
  7. Untuk membuat sos, tumis bawang putih hingga perang dan wangi.
  8. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair, serbuk pati ayam dan air.
  9. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jagung.
  10. Sesuaikan kepekatan sos, jangan terlalu pekat.
  11. Kacau dan tuang keatas sayuran.
Taman Broccoli


Taman Broccoli shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;