22 Oct 2015 0 comments

Tepung Boko Beras Gula Merah

Tepung Boko Beras Gula Merah -

Tepung Boko Beras Gula Merah

Bahan-bahan

Sos Santan / Kepala Santan
300ml santan pekat KARA
200ml air
4 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

Satukan dan tapis ke dalam periuk.  Kacau di atas api sederhana hingga sos pekat.  Angkat dan ketepikan.  Sementara itu sediakan adunan tepung boko.

Sirap Gula Merah
200gm gula merah
1 sudu besar gula pasir
150ml air
1 helai daun pandan

Satukan bahan di atas dan masak hingga gula larut.  Tapis dan ketepikan.

150gm tepung beras
500ml air
1 sudu teh air kapur

Loyang 7 atau 8in di gris minyak dan alas dengan plastik tahan panas.
Daun pisang untuk menbungkus - layur atas api, sapu sedikit minyak

Satukan tepung beras, air dan air kapur, masukkan sirap gula merah dan kacau hingga rata.  Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25minit hingga masak.  Angkat dan sejukkan sebentar.

Sudukan 1 sudu besar ke atas daun pisang dan satu sudu besar sos santan.  Bungkus dan semat dengan lidi.

Jika tiada daun pisang, sendukkan ke dalam mangkuk dan tuang atasnya dengan sos santan.
Tepung Boko Beras Gula Merah



Tepung Boko Beras Gula Merah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
21 Oct 2015 0 comments

Kuih Baulu Gula Melaka

Kuih Baulu Gula Melaka -

Kuih Baulu Gula Melaka
Olahan :  FB Lina Thomas
Sumber: Authentic Malay Cooking Book

Bahan-bahan:
6 biji telur A
200gm gula melaka atau gula merah (di haluskan)
1 sudu kecil vanilla extract, pilihan
200g tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
Secubit garam

Acuan Baulu - menghasilkan 48 keping

Penyediaan :
1.  Panaskan ketuhar kepada 400F / 200C (api atas bawah)
2.  Ayak tepung, serbuk penaik dan garam dan ketepikan.
3.  Dalam mixer, putar telur dan gula sehingga kembang dan pucat sehingga bertukar warna putih, putar kira-kira 8 minit. Kemudian masukkan ekstrak vanila (jika guna) dan terus putar untuk beberapa minit.
4.  Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kaup balikkan dengan spatula perlahan-lahan sehingga sebati.  Masukkan adunan ke dalam jug kecil.
5.  Sapu acuan dengan minyak (supaya bahulu tidak melekat) dan kemudian panaskan acuan di dalam ketuhar kira-kira 3 hingga 4 minit. Keluarkan acuan dari ketuhar. Tuang atau sudukan adunan ke dalam acuan hingga penuh dan bakar selama kira-kira 10 hingga 12 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
5.  Angkat kuih bahulu keluar dengan lidi dan biarkan ia sejuk sepenuhnya dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Kuih Baulu Gula Melaka


Kuih Baulu Gula Melaka shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
19 Oct 2015 1 comments

Spaghetti Meatballs Nest Muffin

Spaghetti Meatballs Nest Muffin -

Spaghetti Meatballs Nest Muffin
Olahan dari :  Allrecipes.com

Sos Italian Meatballs
150gm meatballs siap guna - rebus dahulu, toskan
1 biji bawang besar - dadu
2 biji tomato - dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak zaitun
2 tin sos tomato Preggo atau jenama lain
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 helai bay leaf
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Penyediaan :
1.  Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau.  Masukkan tomato dan bay leaf.  Biarkan sehingga tomato hancur.
2.  Masukkan sos tomato Preggo dan sedikit air, kacau dan biarkan seketika.
3.  Masukkan meatballs, gaul bersama sos hingga rata.  Tutup kuali dan biar mereneh seketika.
4.  Angkat dan ketepikan.  Sementara itu sediakan spagetthi nest.

Spaghetti Nest

Bahan-bahan
200gm spagetthi
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
1 cawan parutan keju Parmesan
1/2 cawan parutan keju Parmesan untuk taburan

Cara-cara :
1. Rebus spagetthi hingga lembut.  Angkat dan toskan.  Gaul dengan minyak zaitun hingga rata.  Biarkan sejuk selama 15 minit.  Masukkan parutan keju parmesan dan gaul rata.
2.  Spray/griss acuan muffin dengan minyak.  Masukkan spagetthi hingga penuh.  Letak atasnya sebiji meatball dan sosnya, tabur dengan parutan keju parmesan.
3.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 20-25 minit.
4.  Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.  Hidang bersama sos meatballs.

Note :  Sos Italian Meatball boleh di hidang bersama spagetthi


Spaghetti Meatballs Nest Muffin



Spaghetti Meatballs Nest Muffin shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
18 Oct 2015 0 comments

Gulai lemak cili api cendawan kukur dgn lala

Gulai lemak cili api cendawan kukur dgn lala -
Alhamdulillah sedapnya cendawan sisir/kukur yang dimasak lemak cili api dengan lala ni . sekarang ni susah nak jumpa cendawan sisir ni tapi alhamdulillah rezeki saya jumpa cendawan sisir yang dijual di pasar pagi . Cendawannya masih fresh so memang sedap dimasak gulai cili api .


BAHAN-BAHAN :
1 peket siput sedut
2 ikat pucuk paku
5 cawan santan - boleh tambah atau kurang
1 keping asam keping
2 batang serai saiz besar - dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

20 biji cili api
3 cm kunyit hidup
sedikit garam kasar

CARA MEMASAK :

- Bersihkan siput sedut dan dipotong hujung siput , bersih lagi dah tos kemudian ketepikan siput sedut ni . Bersihkan pucuk paku dan ambil daun pucuk muda , basuh di tos dan ketepikan dulu .Serai dititik kemudian tumbuh semua cili api , garam dan kunyit hidup.

- Masukkan semua santan dalam periuk bersama bahan ditumbuk lumat , serai dan asam keping . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah mendidih dan boleh dimasukkan semua siput sedut dan dikacau . Kacau semua bahan dan boleh dirasa kuah jika kurang masin boleh ditambah garam . Kacau kuah supaya tidak pecah minyak , bila siput sedut sudah masak boleh di masukkan semua sayur pucuk paku dan digaul sebati dengan kuah , bila sayur pucuk paku dah masak boleh la di tutup api dapur .


Gulai lemak cili api cendawan kukur dgn lala shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
15 Oct 2015 0 comments

Sup Kambing Berempah Mamak Penang

Sup Kambing Berempah Mamak Penang -

Sup Kambing Berempah Mamak Penang
Sumber :  Balanbiar Wordpress.com

Penyediaan Broth - Air Rebusan Sup
1kg tulang kambing
3 liter air
1 batang carrot - potong kasar
1 batang celeri - potong kasar

Cara Penyediaan :
Cuci tulang kambing. Sediakan sebuah bekas, hidupkan api dapur dan masukkan tulang kambing. Kacau rata tulang-tulang ini supaya ia sedikit terbakar melalui kepanasan bekas merebus. Masukkan 3 liter air kedalam bekas rebusan tulang bersama hirisan carrot dan celeri. Jangan masukkan garam. Biar air rebusan ini mengelegak. Bila air mula mengelegak, perlahankan  api dan biar ia direneh selama 1-2 jam. Semasa reneh tutup tudung periok. Selepas dua jam tutup api dan sejukkan. Tapis airnya dan simpan untuk membuat sup. Ia juga boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu. Sebelum anda buat sup eloklah disediakan air rebusan ini terlebih dahulu.

Bahan Sup
500gm Daging kambing - di potong
4 biji bawang labu sederhana besar. kisar halus.
2 sudu besar pes halia dan bawang putih / 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia.
2 keping kulit kayu manis (2″).
5 biji buah pelaga.
3 kuntum bunga lawang
1/2 sudu kecil garam masala - optional, kalau tiada tak apa).*
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah.*
1 sudu besar serbuk jintan putih (cummin powder).*
1 sudu besar serbuk ketumbar (corriander powder).*
3 pokok daun ketumbar atau daun sup.
2 pokok daun bawang dihiris halus untuk dihiaskan ke atas sup.
Bawang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa.

Boleh tambah jika suka
4 biji ubi kentang - potong 4
1 batang carrot - potong baji

Cara Penyediaan :
1.  Sangai bahan-bahan bertanda*  tanpa minyak serbuk jintan putih, ketumbar, garam masala dan serbuk lada sulah atau boleh juga menggunakan 150gm rempah kurma atau rempah sup Adabi.
2. Sediakan periuk, masukkan air rebusan tulang tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Masukan pes halia bawang putih.  Masukkan rempah serbuk yang disangai.
3. Masukkan bawang yang telah kisar dan daging kambing yang telah bersihkan.
4. Biarkan sup mendidih, Masukkan ubi kentang dan carrot, perlahankan api dapur dan reneh sehingga daging kambing masak. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5.  Masukkan sup ke dalam mangkuk, tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng.  Hidang ketika masih panas bersama nasi atau roti bangali.
Sup Kambing Berempah Mamak Penang


Sup Kambing Berempah Mamak Penang shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
12 Oct 2015 0 comments

Utk dijual - tut fig jenis Flander

Utk dijual - tut fig jenis Flander -
Buah tin yang di sebut dalam surah At-Tin , buah tin dan daun tin yang banyak khasiat nya . Saya menjual tut dahan pokok tin ni . Jika ada yang nak beli boleh hubungi saya pada nombor 0126879893 . Banyak sangat khasit buah tin dan buah tin sangat sedap . Sekarang ni ramai yang sudah mula membela pokok tin termasuk lah aya yang sudah terlibat dengan penjagaan pokok tin sejak Febuari 2014 .

 Tut dahan pokok tin/fig yang berakar dan sangat fresh , baru di potong . Harga satu tut ialah RM110 termasuk pos laju . Boleh wassap 0126879893 jika anda hendak beli tut ni . Pilih tut yanga nda suka dan wassap atau telepon saya .



Tut dahan pokok tin/fig yang berakar dan sangat fresh , baru di potong . Harga satu tut ialah RM110 termasuk pos laju . Boleh wassap 0126879893 jika anda hendak beli tut ni .


Tut dahan pokok tin/fig yang berakar dan sangat fresh , baru di potong . Harga satu tut ialah RM110 termasuk pos laju . Boleh wassap 0126879893 jika anda hendak beli tut ni .


Purata berat buah fig Flander adalah antara 40-60 grm . Buahnya sangat sedap , sgt manis dengan isi yang padat dan kulit tebal . Banyak sgt kebaikan buah tin ni , boleh di google untuk ketahui kebaikkan buah tin untuk kesihatan kita .


 Buah tin?fig dari pokok yang saya tanam di laman rumah sendiri .


Pokok tin/fig jenis Flander di laman rumah saya . Dahan pokok ni di tut dan dijual .


Utk dijual - tut fig jenis Flander shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
10 Oct 2015 0 comments

Kek Lapis Rainbow

Kek Lapis Rainbow -

Kek Lapis Rainbow

Bahan A
450gm mentega
180gm gula kaster
21 biji kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
160gm gula kaster
10 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim of tartar

Bahan C
320gm tepung Hong Kong
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D
Pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah

Untuk sapuan :  3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis
Loyang  8x8x3 Gris dan alas dasar loyang.

Cara-cara :
1.  Bahan A, pukul mentega, gula, susu pekat manis hingga kembang dan berkrim.  Tambah esen vanila dan masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.  Tuangkan adunan ke dalam mangkuk besar.  Ketepikan.
2.  Bahan B, pukul dengan kelajuan tinggi (high speed) hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
3.  Masukkan bahan C ke dalam bahan A, gaul rata.  kemudian kaup balikkan dengan B sedikit demi sedikit hingga adunan bergaul rata.
4.  Bahagikan adunan kepada 13 bahagian, 7 bahagian warna asal dan 6 bahagian untuk di campur bersama pewarna.

  Adunan Asal - 1,120gm - 7 lapisan (160gm setiap lapisan)
  Adunan Berwarna - 960gm - 6 lapisan (160gm setiap satu pewarna)

5.  Ratakan l lapisan (160gm) adunan asal, bakar api atas dan bawah selama 8-10 minit.
6.  Apabila masak, cucuk dengan garpu dan tekan dengan penekan supaya rata.  Permukaan lapisan jangan terlalu perang supaya warna lapisan lebih jelas.  Sapu dengan bahan sapuan.  Kemudian lapiskan dengan adunan berwarna mengikut turutan menggunakan api atas saja sehingga habis.

Ulangi setiap Lapisan seperti berikut :
Adunan asal, Ungu
Adunan asal, Biru
Adunan asal, Hijau
Adunan asal, Kuning
Adunan asal, Oren
Adunan asal, Merah
Lapisan Akhir - Adunan asal

7.  Untuk lapisan terakhir, bakar hingga masak, keluarkan dari ketuhar dan tutup loyang adunan dengan aluminium foil kemudian bakar lagi dengan api atas dan bawah selama 15 minit.
Kek Lapis Rainbow


Kek Lapis Rainbow shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
8 Oct 2015 0 comments

Gulai Tempoyak Udang and Petai

Gulai Tempoyak Udang and Petai - Cara masak gulai tempoyak udang and petai Bahan bahan Tempoyak - 2 -3 sudu  Kunyit hidup  Cili api - byk2  Santan sikit untuk blend kan bahan2 diatas  Udang- 1/2kilo Petai - ikut selera masing2 Daun kunyit - hiris kan halus2 Serai -4 batang di titik Gula-2 sudu Garam- agak2 Cara cara Masuk kan udang serai dan daun kunyit ke dlm periuk, kemudian blend kan tempoyak, kunyit hidup,

Gulai Tempoyak Udang and Petai shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
5 Oct 2015 0 comments

Talam Ubi Sago Gula Merah

Talam Ubi Sago Gula Merah -

Talam Ubi Sago Gula Merah
Recipe by K1@Citarasawan

Bahan Lapisan Bawah
500gm parutan ubikayu
120gm gula pasir
200ml santan kotak
100gm kelapa parut putih
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil pandan emulco
1/2 sudu kecil pewarna hijau

Loyang 8 x 8in - sapu minyak dan alas dasarnya dengan plastik

Panaskan pengukus.  Satukan semua bahan dalam sebuah bekas, gaul rata.  Masukkan kedalam loyang.  Ratakan dan kukus selama 25minit.

Bahan Lapisan Atas
200gm sago putih - rendam 15minit, Toskan
100gm gula merah
1 sudu besar gula pasir
50ml air
150ml santan kotak
1/8 sudu teh garam halus

Masak gula merah, gula pasir dan air hingga gula larut.   Tapis kemudian satukan dengan bahan- bahan lapisan atas yang lain.  Gaul hingga rata.  Masukkan ke dalam loyang dan ratakan di atas lapisan bawah yang telah di kukus tadi.  Kukus selama 25-30 minit hingga masak.

Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Talam Ubi Sago Gula Merah


Talam Ubi Sago Gula Merah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
4 Oct 2015 0 comments

Nasi Mandy Daging

Nasi Mandy Daging -
Nasi Mandy Daging
Sumber :  Kak Aini FB

Bahan-Bahan:

PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI
Bahan-bahan
1 ½ kg tulang lembu/kambing yang ada daging
15 biji buah pelaga
15 kuntum bunga cengkih
15 biji lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 biji buah pala (diketuk)
3 helai bay leaves atau daun salam
1 inci halia (diketuk)

PENYEDIAAN NASI
3 cawan beras basmathi
3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
garam secubit

PENYEDIAAN SALATAH
2 biji tomato
2 cili merah
½ biji bawang besar
sedikit daun ketumbar
lemon
garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara :
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves/daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging.
2. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. pindahkan ke periuk nasi elektrik. (Kalau nak biarkan kat dapur gas pun tak mengapa, biar sehingga nasi masak. Bila sudah masak, bolehlah titik pewarna kuning dan kaup balikkan menggunakan garpu supaya nasi tidak patah.
3. Untuk salatah , kisar tanpa air kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon. Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.
4. Hidang nasi bersama Salatah , telur masin, acar timun atau sebagainya.
Nasi Mandy Daging


Nasi Mandy Daging shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Roti Sobek/Roti Manis (Asian Style)

Roti Sobek/Roti Manis (Asian Style) -




Meski disini ada beragam macam roti dengan berbagai macam tekstur, bentuk dan rasa serta tinggal pilih saja karena semua sudah tersedia di setiap toko roti maupun grocery stores disetiap sudut kota. Tapi hari ini saya pengen banget makan roti ala Indonesia atau ala orang asia secara umum. Tekstur rotinya lembut dan manis. Bisa pake filling atau isian berbagai jenis suka-suka, bisa juga tidak pake isian. Kalau saya biasanya suka dicocol teh panas, atau dioles selai nanas. 

Sayangnya saya kehabisan stok selai nanas yang baiasanya saya buat sendiri dan disimpan. Mau bikin kok rasanya malas keluar dan belanja karena cuaca sudah mulai dingin diluar sana. Tapi semua bahan untuk bikin roti sudah tersedia di dapur saya. Tinggal memulai sesi goyang dombret saja. 

Bagian paling berat bikin roti menurut saya sich bagian nguleni adonan sampai kalis, berhubung saya tidak punya kitchen asistent, jadinya nguleni adonan manual pake tangan, yaaa hitung-hitung sekalian latihan otot bisep. Mayan lho..saya nguleninya sampai 30 menitan...:D

Tapi hasilnya sungguh roti yang lembut dan menul-menul...enak. Saya bikin di dua cetakan, satu cetakan pake cetakan loaf dan staunya pake springform. Loyang loaf saya isi dengan gula kelapa..manis dan yang springform tidak pake isian. Makannya dioles pake lemon curd saja..plus teh hijau panas.

Sayangnya anak-anak tidak suka roti ini, jadinya hanya saya yang menikmati. Kalo bapaknya anak-anak sich gak pernah menolak makanan enak hehe.....

Mari kita lihat bagaimana roti sobek ala orang asia.

Oh ya, saat mendiamkan adonan saya praktekkan tips dari blog resep asli : saya panaskan oven pada suhu tertinggi sekitar 5 menit, lalu saya matikan dan tutup kembali oven. Nah taruh adonan didalam oven. Hasilnya wow....adonan mengembang dengan cepat sampai 1,5 kali! Tips jitu nih kalo bikin roti disaat musim dingin.

Link resep ada dibawah tapi sudah saya modifikasi menyesuaikan sikon didapur.

Sumber resep : TheWokofLife 

Bahan
2/3 cup whipped cream (krim), hangat atau suhu ruang
1 cup susu, hangat atau suhu ruang
2 butir telur uk. sedang atau 1 butir telur ukuran besar (suhu ruang)
1/3 cup gula pasir
1/2 cup tepung protein rendah
3 1/2 cup tepung protein tinggi
1 sdm instant yeast (ragi instant)
1 sdt garam halus

Olesan 
1 butir telur + 1 sdt sirup gula (2 sdt gula pasir dilarutkan dg 1 sdt air panas) : kocok rata.

Cara Membuat

1. Dimangkok campur semua bahan dan uleni sampai benar-benar kalis. Adonan lembut dan elastis.



2. Jika sudah, tutup dengan serbet lembab dan diamkan sampai volume adonan menjadi dua kali lipat.



3. Ambil adonan, kempeskan dan uleni sebentar (utk menghilangkan gelembung udara)
4. Bagi adonan sesuai dengan loyang yang akan dipakai. Saya pakai dua loyang, loyang loaf dan
    springform yang sudah diolesi mentega tipis. Bentuk dan beri bahan isian sesuai selera.



5. Diamkan kembali sampai adonan mengembang menjadi dua kali lipat.



6. Panaskan oven pada suhu 175 C.
7. Jika adonan sudah siap, olesi permukaan roti dengan bahan olesan.



8. Panggang sampai matang lk. 20-25 menit.
9. Angkat dan sajikan.





Roti Sobek/Roti Manis (Asian Style) shared from laily goraya
Republish by The CC Resepi
3 Oct 2015 0 comments

Sup Kaki Lembu atau Sup Gear Box

Sup Kaki Lembu atau Sup Gear Box - SUP KAKI LEMBU (SUP GEAR BOX) Gambar asal: Disini Bahan-bahan 4 batang kaki lembu (di bakar dan di buang kulit atau serpihan yang hitam-hitam) 3 batang serai (diketuk) 4 inci halia (ditumbuk) 4 inci lengkuas dihiris) 2 paket sup bunjut 1½ jug air 1 batang kulit kayu manis 2 biji bunga lawang 3 biji bunga cengkih 3 biji buah pala 1 ketul kiub pati ayam 1½ sudu garam secukup rasa 1½

Sup Kaki Lembu atau Sup Gear Box shared from aisyah
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sambal Petai Udang

Sambal Petai Udang - SAMBAL PETAI UDANG Gambar asal: Disini Bahan-bahan 250 gram udang 3 papan petai (dihiris) 2½ cili kering (dikisar) 2 biji bawang besar (dikisar) 3 ulas bwg putih (dikisar) ½ sudu besar belacan (dikisar) 4 sudu besar minyak ½ sudu kecil gula, garam & perasa. Cara cara membuatnya 1- Rebuskan petai sehingga warna menjadi

Sambal Petai Udang shared from aisyah
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sambal Kacang Ikan Bilis

Sambal Kacang Ikan Bilis - SAMBAL KACANG IKAN BILIS Gambar asal: Disini Bahan-bahan 2½  batang cili kering (dikisar) 500 gram ikan bilis (digoreng) 250 gram kacang tanah (digoreng) 2 biji bawang besar (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 1 cawan minyak masak (menumis & mengoreng) ½ sudu untuk garam, gula dan perasa. 1 ketul kiub ikan bilis 2 sudu asam jawa.
0 comments

Sambal Ikan Keli

Sambal Ikan Keli - SAMBAL IKAN KELI Gambar asal: Disini Bahan-bahan 3 ekor ikan keli (disiang & dibersihkan) 1 tangkai daun kari (ditumis) 2 ulas bawang kecil (dihiris) 2 ulas bawang putih (dihiris) ½ sudu besar belacan (dikisar) 2 labu bawang besar (dikisar) ½ batang cili kering (dikisar) ½ sudu besar garam dan gula secukup rasa ½ sudu perasa 1sudu besar asam jawa 1 sudu kecil kunyit Cara-cara

Sambal Ikan Keli shared from aisyah
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ketam Masak Lemak Cili Api

Ketam Masak Lemak Cili Api - KETAM MASAK LEMAK CILI API Gambar asal: Disini Bahan-bahan 250g ketam (dibersihkn) 7 biji cili hijau 1½ cawan santan kelapa yg di parut 1 keping asam gelugur ½ sudu kecil serbuk kunyit ½ sudu besar garam secukup rasa ½ sudu kecil perasa Cara-cara membuatnya 1- Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .

Ketam Masak Lemak Cili Api shared from aisyah
Republish by The CC Resepi
0 comments

Kepah Masak Lemak

Kepah Masak Lemak - KEPAH MASAK LEMAK Gambar asal: Disini Bahan-bahan 1 kilo kepah (dibersihkan) 4 ulas bawang merah (ditumbuk) 1 ulas bawang putih (ditumbuk) 2 biji cili merah/ cili padi (ditumbuk) ½ sudu kecil serbuk kunyit 1 batang serai (diketuk) 1 cawan santan pekat ½ sudu besar garam, gula & perasa 1 asam keping ½ cawan air Cara-cara membuatnya 1- Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam

Kepah Masak Lemak shared from aisyah
Republish by The CC Resepi
0 comments

Bihun Sup Semenanjung Utara

Bihun Sup Semenanjung Utara - BIHUN SUP SEMENANJUNG UTARA Bahan-bahan 450 g bihun  1 kg daging atau ayam 1 paket sup bunjut adabi 2 ketul kiub pati ayam 4 inci halia (diketuk) 4 biji bawang (dihiris) 4 biji bawang (dihiris) 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pala 2 biji buah keras (ditumbuk) 1½ sudu besar garam  1½ sudu kecil perasa 1 sudu kecil gula 1 jug air (

Bihun Sup Semenanjung Utara shared from aisyah
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam Percik Kedah

Ayam Percik Kedah - AYAM PERCIK KEDAH Gambar asal: Disini Bahan bahan 1ekor ayam (dipotong) 2 biji bawang besar (dikisar) 4 ulas bawang putih (dikisar) 2 inci halia (dikisar) 1 sudu teh jintan manis (dikisar) 1 sudu teh jintan putih (dikisar) 1 sudu makan ketumbar (dikisar) 2 batang serai (dikisar) 3 biji buah keras(dikisar) 1 liter santan 1 keping asam gelugur garam dan gula secukup nya untuk

Ayam Percik Kedah shared from aisyah
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam masak kicap manis

Ayam masak kicap manis - AYAM MASAK KICAP MANIS  Gambar asal: Disini Bahan-bahan 1½ ekor ayam( dibersihkan) 2½ halia (dihiris); 1biji cili merah (dihiris) 1biji bawang besar (dihiris) 2biji bawang putih (dihiris) 1½ sudu besar sos tiram 4 sudu besar kicap pekat ½ sudu kecil garam ½ sudu kecil kunyit ½ perasa 1 cawan minyak (mengoreng & menumis) ½ cawan air Cara-cara membuatnya 1- Lumurkan ayam dgn garam

Ayam masak kicap manis shared from aisyah
Republish by The CC Resepi
 
;