27 May 2016 0 comments

Laman Tin Adam di Figger's Day

Laman Tin Adam di Figger's Day -
 Assalamualaikum, kami dari LAMAN TIN ADAM juga akan sertai karnival Figger's Day yg bermula besok .  sila lah singgah ke booth saya . Saya akan menjual beberapa variety anak pokok tin seperti Flanders, Black genoa, Red khutmani jumbo, Conadria, Bourjosette Noire, MdA, Super long jumbo , Jumbo dan beberapa variety lain . Selain tu saya ada tut dahan pokok tin , menjual teh daun tin dan makanan ( InsyaAllah) jom kita semua meriahkan Figger's Day 👍




Laman Tin Adam di Figger's Day shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
25 May 2016 0 comments

Laksa Johor

Laksa Johor - Bahan utk kuah laksa 1kg ikan tenggiri atau kembung - direbus 1/2 mangkuk minyak 6 sudu rempah kari daging - dibancuh dgn air 2 mangkuk santan Bahan A 10 tangkai cili kering 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 2 batang serai 4 cm lengkuas 4 biji buah keras 4 cm halia 2 cm kunyit Bahan B 5 mangkuk air rebusan ikan 1/2 mangkuk kerisik 2 keping asam keping 1 sudu besar garam 1/2 buku gula

Laksa Johor shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
24 May 2016 0 comments

Daging Masak Merah, mudah, ringkas dan sedap

Daging Masak Merah, mudah, ringkas dan sedap - DAGING MASAK MERAH Bahan Bahan : 500 gm daging  1 biji capsicum hijau  di potong 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos tiram garam secukup rasa Air Secukupnya Bahan A: 1 biji bawang besar di hiris 1 cm halia di ketuk 2 ulas bawang putih di ketuk Bahan Hiasan : daun sup daun bawang kacang buncis Cara Memasak: Rebus daging bersama pewarna merah sehingga

Daging Masak Merah, mudah, ringkas dan sedap shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
0 comments

Daging Masak Kurma

Daging Masak Kurma - Daging Masak Kurma BAHAN-BAHAN: 500 gm daging dihiris nipis 2 cawan santan 50 gm serbuk kurma 2 biji cili hijau dibelah dua Minyak masak Sedikit air Garam secukup rasa Bahan A : 2 kuntum bunga lawang 2 ulas bawang kecil | dihiris 2 ulas bawang putih | dihiris 1 ulas bawang besar | dihiris 1 batang kulit kayu manis   CARA MEMASAK: Rebus daging sehingga lembut, ketepikan

Daging Masak Kurma shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Singgang Daging Kelantan

Resepi Singgang Daging Kelantan - Resepi Singgang Daging Bahan-bahan: 1/2 kg daging lembu 1 inchi lengkuas diketuk 2 sudu besar ketumbar tumbuk kasar 2 ulas bawang putih diketuk 3 keping asam gelugur 2 biji lada kering potong kecil Garam secukup rasa Air secukupnya Cara-cara: Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk.  Rebus sehingga daging empuk. Masukkan garam secukupnya. Biarkan seketika, kemudian bolehkan tutup api.

Resepi Singgang Daging Kelantan shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
0 comments

Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice

Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice -

Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice

Bahan-bahan
1 1/2 cawan beras pulut - cuci, rendam semalaman
1 cawan santan kotak KARA
1/4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan simpul

Sos Santan
1 cawan santan kotak
1/4 cawan air
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung / tepung ubi

- Satukan semua bahan dan masak dengan api kecil hingga pekat.  Sentiasa kacau.

3 biji buah manga, kupas dan potong
Taburan :  Kacang hijau tanpa kulit - sangai hingga perang

Penyediaan :

  1. Cuci dan tos pulut.  Kukus selama 45minit hingga masak.
  2. Sementara itu, satukan santan, air, gula pasir, garam dan daun pandan.  Masak hingga gula larut. Keluarkan daun pandan.
  3. Masukkan pulut kukus ke dalam periuk dan tuang santan, gaul rata. Tutup periuk dan biarkan pulut menyerap santan selama 1 jam.
  4. Untuk menghidang, letak pulut di dalam pinggan bersama hirisan manga.  Tuang sos santan dan tabur kacang hijau sangai.


Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice


Pulut Manga Thai / Thai Mango Sticky Rice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
22 May 2016 0 comments

Bluberry Cheese Tart

Bluberry Cheese Tart - Resepi ni sangat sedap dan cukup simple cara buatnya. Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu 170gm marjerin atau butter 50gm gula aising 1 biji telur Gred C 290gm tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla acuan tart Resepi Asal Klik DISINI

Bluberry Cheese Tart shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
0 comments

Acar Ikan Masin

Acar Ikan Masin -

Acar Ikan Masin

Bahan-bahan
200gm ikan masin (ikan talang/ kurau/ malong) - rendam dan bilas untuk hilangkan lebihan masin
100gm lobak asin - Potong kecil2
8 ulas bawang merah - belah 2
5 ulas bawang putih  - belah 3
1 inci halia dihiris memanjang
20 biji cili padi
3 sudu besar kismis (raisin)
1 cawan limau jeruk
1 sudu besar serbuk kari daging
1 1/2 cawan cuka
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 keping gula melaka
Garam jika perlu

Bahan Kisar
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar

Penyediaan :
  1. Rebuskan bawang merah, bawang putih dan halia didalam cuka selama 5minit.  Tutup api. Ketepikan.
  2. Sementara itu, goreng ikan masin yang telah ditoskan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan 1 sudu besar serbuk kari daging dan tumis lagi sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah direbus bersama cukanya sekali.
  6. Masukkan gula pasir dan gula merah, imbangkan masam manis secukupnya.
  7. Setelah itu masukkan cili padi, kismis, limau jeruk dan lobak asin.  Gaul rata dan masukkan ikan masin. Kacau dan masak dengan api perlahan sehingga menjadi pekat dan likat.
  8. Akhir sekali, perasakan garam (jika perlu), manis gula dan kemasaman cuka acar ini.

 Acar lebih sedap jika disimpan beberapa hari.

Acar Ikan Masin


Acar Ikan Masin shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Rojak Kateh

Resepi Rojak Kateh - Resepi Rojak Kateh  Bahan-bahan: 2 batang Kaki lembu 2 liter air 3 sudu  Cuka buah 3 sudu  asam jawa dilarut dengan 1/2 cawan air panas 15 tangkai Cili kering  1 keping Gula nisan 500ml air tapis untuk sos Gula dan Garam secukup rasa Cara Membuat: Bersihkan kaki lembu, bakar  untuk buang bulunya. Kemudian kikis bahagian yang telah dibakar. Kuku lembu tu kena buang, tinggalkan

Resepi Rojak Kateh shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
20 May 2016 0 comments

Karnival Pokok Tin

Karnival Pokok Tin -

Assalamualaikum, dijemput semua hadir ke FIGGER'S DAY yg akan berlangsung di premis Formerniaga yg terletak di Seri Kembangan ( berhampiran dgn bangunan Giant ) pada 28-30 Mei ( hari Sabtu hingga Isnin ) ada byk acara menarik seperti ada jualan anak pokok , makanan , produk pertanian  dan kelas percuma . Saya juga akan sertai karnival Figger's Day ni ,  sila la booth saya yg akan menjual beberapa variety anak pokok tin/halwa buah tin/baja serta makanan . Saya akan menjual pelbagai jenis makanan seperti pulut kukus bersama rendang ayam, nasi goreng kampung, makaroni goreng , yee mee goreng, spaghetti bolognese, nasi ambeng , nasi putih dgn pelbagai jenis lauk-pauk

Karnival Pokok Tin shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ais Cream Kelapa / Coconut Ice Cream

Ais Cream Kelapa / Coconut Ice Cream -

Ais Cream Kelapa / Coconut Ice Cream
Sumber :  Lya Uzir

Bahan-bahan
1 tin susu pekat manis
2 tin air kelapa muda (kelapa pandan)- diambil daripada 2 biji kelapa muda segar
Isi kelapa muda
2 sudu besar santan pekat
1 sudu teh ovellete
1 helai daun pandan- diikat simpul

Cara membuatnya:
  1. Satukan air kelapa, daun pandan dan susu pekat manis. Masak sehingga mendidih.
  2. Setelah mendidih, tutupkan api. Masukkan santan dan kacau. Biarkan sejuk.
  3. Apabila telah sejuk sepenuhnya, keluarkan daun pandan dan masukkan ke dalam mixer. Masukkan isi kelapa dan pukul sebentar.
  4. Simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku dengan mangkuk pemutar sekali. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam.
  5. Kemudian, keluarkan dari peti ais, tambahkan ovellete dan putar semula hingga kembang. Kemudian, tuang ke dalam bekas dan bekukan semalaman.

Ais Cream Kelapa / Coconut Ice Cream


Ais Cream Kelapa / Coconut Ice Cream shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
19 May 2016 0 comments

Salad Kacang Kuda / Chick Peas Salad

Salad Kacang Kuda / Chick Peas Salad -

Salad Kacang Kuda / Chick Peas Salad
Sumber :  Lya Uzir

Bahan-bahan:
1 tin kacang kuda
2 batang timun- di belah dua dan dihiris nipis
12 biji tomato ceri- dibelah dua
1/2 labu bawang merah- dipotong dadu
2 ulas bawang putih- dicincang halus
15 auns buah zaitun (hitam) - di tapis dan dipotong
1 auns feta cheese- di hancurkan
1/2 cawan Italian-style salad dressing
1/2 biji lemon- di ambil jusnya
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara membuatnya:
- Satukan kesemua bahan dan gaul sehingga sebati. Masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidangkan.

Salad Kacang Kuda / Chick Peas Salad


Salad Kacang Kuda / Chick Peas Salad shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
17 May 2016 0 comments

Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah -

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong
Lumur ayam dengan jus limau nipis, cuci dan toskan

Bahan Rempah
3 inci lengkuas - hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
5 ulas bawang putih - hiris nipis
6 batang serai - ambil bahagian putih saja
1 labu bawang besar - hiris

Tumbuk atau kisar dengan sedikit air kesemuanya hingga halus.

1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan halus dan kasar
1 sudu besar serbuk kari + 2 sudu besar serbuk kurma
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukupnya

Sangai biji ketumbar dan jintan halus, kemudian kisar dengan pengisar kering hingga halus.

Penyediaan :
  1. Masukkan ayam ke dalam bekas besar.  Gaul bersama bahan rempah, serbuk ketumbar dan jintan, serbuk kari dan pati ayam hingga rata.  Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukupnya.
  2. Perap selama 1 jam atau lebih.  Lebih lama lebih sedap.
  3. Setelah perapan, asingkan rempah ratus dari ayam (akan di goreng berasingan dari ayam)
  4. Goreng ayam dalam minyak yang banyak hingga keperangan.
  5. Kemudian goreng rempah ratus yang di asingkan tadi hingga garing.
  6. Tabur di atas ayam sewaktu menghidang.

Ayam Goreng Berempah


Ayam Goreng Berempah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Kurma -

Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan
1kg ayam - potong saiz sesuai
2 cawan santan sederhana pekat
2 biji ubi kentang - belah 8
2 biji tomato - belah 4
1 biji bawang besar - belah 4
2 biji cili hijau - belah 2
1/2 keping gula melaka
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
1 tangkai daun ketumbar - ambil akarnya

Bahan Tumis
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
3 ulas bawang merah - mayang
2 ulas bawang putih - mayang
2 hiris halia - mayang
4 sudu besar rempah kurma, bancuh dengan sedikit air
Minyak untuk menumis

Penyediaan :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang, halia dan rempah 4 sekawan hingga harum.
  2. Masukkan rempah kurma dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan ubi kentang, gaul rata dan masak seketika.
  4. Kemudian masukkan santan, air asam jawa, bawang besar, akar ketumbar, tomato dan cili hijau.
  5. Biarkan mendidih, perasakan dengan gula melaka dan garam secukupnya.
  6. Masukkan ke dalam mangkuk dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.
Ayam Masak Kurma


Ayam Masak Kurma shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
15 May 2016 0 comments

Daging Goreng Capsicum Ala Mexican

Daging Goreng Capsicum Ala Mexican -

Daging Goreng Capsicum Ala Mexican

Bahan-bahan
1/2 kg daging kambing / lembu (2 ketulan besar)
3 ulas bawang putih - parut
4 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar minyak zaitun
1 biji capsicum hijau - hiris tebal
1 biji capsicum kuning - hiris tebal
1 biji capsicum merah - hiris tebal
1 ulas bawang merah India - hiris nipis

Penyediaan :
  1. Perap daging, bawang putih, jus lemon, jintan dan minyak zaitun.  Gaul biar rata dan simpan di dalam bag plastik di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali (non stick pan), balik2 ketulan daging hingga permukaan kedua belah keperangan dan masak.  Angkat, biarkan sejuk dan hiris nipis.
  3. Dalam kuali yang sama, tambahkan sedikit minyak masak,  masukkan hirisan bawang merah dan goreng hingga layu.  Kemudian masukkan hirisan capsicum dan masak hingga layu.  Masukkan daging hiris, gaul dan balik-balikkan hingga rata.  Masak sebentar saja.
  4. Boleh di hidang bersama totilla, nasi atau di makan dengan salad, salsa dan guacamole.
Daging Goreng Capsicum Ala Mexican


Daging Goreng Capsicum Ala Mexican shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
12 May 2016 0 comments

Tom Tum Goong / Tom Yam Putih

Tom Tum Goong / Tom Yam Putih -

Tom Tum Goong / Tom Yam Putih

Bahan-bahan
600ml air
100gm udang
100gm sotong
1 labu bawang besar - belah 4
2 ulas bawang putih - ketuk
3 hiris lengkuas
2 batang serai - hiris
Sepokok daun ketumbar dengan akar
1 biji tomato - belah 4
4 biji limau nipis - ambil jusnya
2 sudu besar sos ikan
4 helai daun limau purut
6 cili padi - ketuk
Cendawan tiram atau cendawan straw
1/2 sudu kecil serbuk cili kering
Garam secukupnya

Penyediaan :

  1. Didihkan air bersama bawang, lengkuas, serai dan akar ketumbar.  
  2. Masukkan udang dan sotong biar mendidih sebentar.   Masukkan tomato, daun limau purut dan cendawan.
  3. Akhir sekali perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan garam secukupnya.


Hidang dengan hirisan daun ketumbar dan serbuk cili kering.

Tom Tum Goong / Tom Yam Putih


Tom Tum Goong / Tom Yam Putih shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
11 May 2016 0 comments

Jus Pink Pitaya / Pink Dragon Juice

Jus Pink Pitaya / Pink Dragon Juice -

Jus Pink Pitaya / Pink Dragon Juice

Bahan
1 biji buah Naga Pink, potong kiub
1 botol aiscream soda / seven up
1/2 cawan susu sejat / susu cair
Kiub ais secukupnya
Sirap gula - jika suka

Campurkan semua di dalam jug dan kacau sehingga warna buah naga keluar.  Tambah sirap gula jika perlu.  Hidang dingin.
Jus Pink Pitaya / Pink Dragon Juice



Jus Pink Pitaya / Pink Dragon Juice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
8 May 2016 0 comments

Chole-Bhature

Chole-Bhature -


Salah satu menu sarapan berat ala orang India/pakistan atau Asia Selatan umumnya yang sangat terkenal. Jika saat berkunjung ke Pakistan, variasi sarapan selain Naan dan kikil atau paratha. Minumnya kalau versi orang sana ya Lassi (yogurt) atau chae tentu saja. 

Chole atau chana adalah sebutan untuk kacang chickpeas (saya kurang faham namanya dalam bahasa Indonesia). Saya suka menu ini dan biasanya suka saya tambahkan telur rebus, tapi bisa diskip kalau tidak suka. 

Chickpeas bisa pakai yang dalam botol sehingga tidak perlu direbus lagi. Atau seperti saya, punya stok yang kering sehingga harus saya rendam dulu semalam suntuk, lalu direbus dengan ditambahkan tea bag agar mendapatkan warna chole yang gelap. Tapi ini juga optional kok, bisa gak usah dikasih tea bag saat merebus jika pengen warna chickpeas tetep cerah. 

Bhature biasanya disajikan fresh, artinya digoreng saat hendak makan, jadi betul2 fresh dan hangat serta menggembung seperti bantal :D

Sumber resep : Cooking is Fun

Bahan

Chole

1 cup chickpeas (kering atau dalam botol)
1 tea bag atau daun teh
2 buah bawang bombay (iris-iris atau cincang)
1 sdt bawnag putih parut
1 sdt jahe parut
4 buah kapulaga hijau
seruas jari kayu manis
4 buah cengkeh
1 kaleng tomat cincang atau 4 buah fresh tomat (blender)
2 sdt chole masala (siap beli)
cabe bubuk (atau cabe segar)
1 sdt cumin bubuk
2 sdt ketumbar bubuk
2 sdt mangga bubuk (amchur)
Garam

Cara Membuat
1. Rebus chickpeas + tea bag sampai lembut
2. Jika sudah matang, angkat dan tiriskan.
3. Panaskan sedikit minyak dipanci. Jika minyak sudah panas, masukkan cumin sampai tidak
    berbunyi mendesis lagi.
4. Masukkan bawang bombay, goreng sampai coklat keemasan.
5. Masukkan jahe dan bawang putih parut, aduk dan masak sampai wangi.
6. Masukkan tomat, masak menggunakan api sedang sampai betul betul matang (lk. 10-15 menit).
7. Masukkan sisa bumbu lainnya, garam, chole, telur rebus (jika pakai). Aduk rata.
8. Tambahkan air (lk. 1 cup/gelas kecil).
9. Masak menggunakan api kecil (lk. 10-15 menit).
10. Angkat.


Bhature


Bahan
1/2 cup tepung serba guna
1/2 cup kentang yang sudah dihaluskan
1/4 sdt garam
1 1/2 minyak
Minyak (untuk goreng rendam)

Cara Membuat
1. Campur semua bahan
2. Uleni sampai kalis
3. Tutup dengan serbet lembab dan bersih. Diamkan lk. 10 menit.
4. Bagi adonan menjadi 4 bagian dan bulatkan. Giling dengan diameter lk. 12,5 cm.
5. Goreng menggunakan minyak yang sudah benar-benar panas. Biarkan sampai adonan bhature
    mengelembung dengan sendirinya lalu balik sampai berwarna kecoklatan.
6. Angkat dan letakkan diatas tissue dapur.
7. Sajikan segera bersama si Chole

Enjoy!!






Chole-Bhature shared from laily goraya
Republish by The CC Resepi
7 May 2016 0 comments

Sup Ayam Ringkas

Sup Ayam Ringkas -

Sup Ayam Ringkas

Bahan-bahan
500gm ayam - potong kecil
1 liter air
1/2 batang lobak merah di potong
2 biji kentang sederhana di potong
1/2 batang saleri - di potong
1 batang jagung - potong 5
1 biji tomato - belah 4
4 helai kobis china - potong
1/2 inci halia - di ketuk
3 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
Garam dan serbuk lada hitam
Daun bawang dan daun sup - hiris
minyak masak untuk menumis

Penyediaan :
  1. Lumur ayam dengan jus limau nipis, kemudian bilas untuk menghilangkan bau.
  2. Masak air di dalam periuk hingga mendidih.  Masukkan jagung dan biar sehingga jagung lembut.
  3. Kemudian masukkan ubi kentang, carrot, saleri dan ayam.  Biar mereneh sebentar.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, goreng bawang merah dan bawah putih hingga perang.  Toskan dan masukkan ke dalam periuk berisi ayam.  Masak hingga empuk.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan kobis china.  Perasakan secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
  6. Masukkan ke dalam mangkuk dan tabur hirisan daun bawang dan daun sup.


Sup Ayam Ringkas


Sup Ayam Ringkas shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
6 May 2016 0 comments

Mango Coconut Puding / Puding Manga Santan

Mango Coconut Puding / Puding Manga Santan -

Mango Coconut Puding / Puding Manga Santan

Puding Manga
4 sudu besar puri manga (manga yang di kisar halus)
500ml air
2 sudu kecil serbuk agar-agar
100gm gula pasir

Satukan air, serbuk agar-agar dan gula pasir, masak hingga mendidih.  Angkat dan masukkan puri manga, whisk hingga rata.  Tuang ke dalam acuan, biarkan beku.
Sementara itu sediakan puding santan.

Puding Santan
500ml air
150ml santan kotak
2 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
secubit garam
120gm gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul

Satukan semua bahan di atas dan masak hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan.
Tuang perlahan-lahan ke atas lapisan puding manga.  Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku. Enak di hidang dingin

Mango Coconut Puding / Puding Manga Santan


Mango Coconut Puding / Puding Manga Santan shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Telur Dadar Thai / Thai Omelette

Telur Dadar Thai / Thai Omelette -

Telur Dadar Thai / Thai Omelette

Bahan-bahan
3 biji telur
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar air
6 ekor udang - cuci, belah 2
1 sudu besar capsicum cincang
1 sudu besar bawang besar cincang
3 biji cili padi - potong kecil
1 tangkai daun kemangi / Thai Basil

Penyediaan :
Satukan semua bahan ke dalam mangkuk, kocok rata.

Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng hingga garing.
Boleh juga menambah sotong, isi ketam, isi ikan atau ayam mengikut suka.

Telur Dadar Thai / Thai Omelette


Telur Dadar Thai / Thai Omelette shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
5 May 2016 0 comments

Mango Jelly Cheesecake

Mango Jelly Cheesecake -

Mango Jelly Cheesecake

Dasar Biskut
150gm biskut digestive - dihancurkan
70gm mentega cair

Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata, kemudian ratakan dan tekan padat ke dasar loyang. Bakar selama 8-10 minit pada suhu 180C.  Sejukkan dan Ketepikan.

Adunan Keju
250gm cream cheese - suhu bilik
60gm gula kaster
1 sudu besar lemon jus
1 biji mangga (kisar, jadikan puri mangga), ketepikan 4 sudu besar utk jelly
150ml UHT whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin halal
50ml air

Jelly Manga
200ml air
1 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
1 sudu besar gula pasir
4 sudu besar puri manga

Loyang 7" Loose Base Tin

Cara-cara :
  1.  Adunan Keju :  Pukul whipping cream hingga pekat.  Ketepikan.
  2.  Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang.  Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil.  Ketepikan.
  3. Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan tidak berketul.  Masukkan puri mangga dan lemon jus, putar hingga bergaul rata.
  4. Masukkan gelatin cair dan akhir sekali masukkan whipping cream, kaup balik hingga sebati.
  5. Tuang separuh adunan keju ke atas dasar biskut, simpan sebentar lebih kurang 10 minit di dalam peti sejuk hingga permukaannya set.  Sementara itu masak Jelly Manga.
  6. Jelly Manga :  Masukkan air, serbuk agar-agar ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih.  Tutup api dan masukkan puri manga, Whisk hingga licin, biarkan suam dan wapnya hilang.
  7. Keluarkan cheesecake dari peti sejuk dan tuang separuh larutan jelly.  Masukkan semula ke dalam peti sejuk sehingga jelly beku.
  8. Tuang baki adunan cheese, ratakan ke atas adunan jelly, biarkan set dan akhir sekali tuang adunan jelly.  Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.
*** Jika adunan jelly mengeras, panaskan beberapa saat di dalam microware atau meletakkan bekas jelly ke dalam bekas berisi air panas.

*** untuk memotong kek keju, rendam pisau dalam air panas, lap dan potong.  Sentiasa simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.

Mango Jelly Cheesecake


Mango Jelly Cheesecake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Jus Belimbing Madu / Honey Starfruits Juice

Jus Belimbing Madu / Honey Starfruits Juice -

Jus Belimbing Madu

Bahan-bahan
5 biji buah belimbing
500ml air mineral
3 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar gula pasir
6 sudu besar madu
Ketulan ais secukupnya

Penyediaan :
Cuci dan potong belimbing, buang bijinya.  Masukkan ke dalam pengisar bersama air, jus limau nipis, dan gula pasir.  Kisar hingga halus dan tapis.
Masukkan ke dalam jug bersama madu dan ketulan ais.  Kacau dan tuang ke dalam gelas.

Jus Belimbing Madu



Jus Belimbing Madu / Honey Starfruits Juice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
4 May 2016 0 comments

Pecal Jawa

Pecal Jawa -


Pecal Jawa

Bahan Kuah Pecal
500gm kacang tanah – digoreng dan ditumbuk halus

Bahan Kisar
20 tangkai cili kering
6 tangkai cili padi - jika suka pedas
1 inci belacan
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 sudu besar asam jawa + 1 cawan air
Gula melaka atau gula merah
Garam secukupnya
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara :
Goreng cili kering, belacan, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak hingga layu. Kemudian tumbuk atau kisar dalam pengisar kering hingga halus.

Masukkan ke dalam periuk dan tumis hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa, gula dan garam.  Didihkan hingga meletup-letup.

Akhir sekali masukkan kacang tanah, gaul rata.  Jika kuah pekat, tambahkan sedikit air panas.
Sedia di hidang bersama sayur-sayuran.

Sayur-sayuran
3 biji ubi kentang - rebus, potong kecil
Kacang panjang - potong 1 inci panjang, celur
Taugeh, celur
Sengkuang - potong kecil
Timun - potong kecil
2 keping tauhu - goreng dan potong dadu
2 keping tempe - goreng dan potong dadu
Telur rebus
atau sayuran lain seperti pucuk ubi, kangkung, celur
Pecal Jawa


Pecal Jawa shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
2 May 2016 0 comments

Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut

Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut -

Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut
Sumber :  Nasrinhomebakery @ MAHI

‬Bahan Gula Hangus
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
3 sudu besar mentega

Cara Membuat Gula Hangus
  1. Masak gula di dalam periuk / kuali tebal hingga keperangan atau keemasan.dengan api sederhana. Goyangkan periuk kiri kanan supaya gula mencair dengan sekata, tidak perlu mengacaunya.
  2. Tutup api dapur, kemudian, tuangkan air panas dari bahagian tepi periuk supaya air gula tidak terpecik atau membuak keluar.
  3. Buka api kecil, teruskan mengacau hingga gula larut.
  4. Tutup api dapur dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.Tutup api dan biarkan gula hangus betul-betul sejuk sebelum digunakan supaya kek tidak menjadi bantat.
Bahan Kek :
7 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum- ayak
1/2 tin susu pekat
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

Loyang 7 atau 8in, gris dan alas dasarnya dengan kertas minyak

Cara-cara :
  1. Panaskan oven 170°C selama 10 minit.
  2. Pukul telur hingga kembang.  Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan gula hangus.
  4. Putar sebati. Adunannya agak cair.  Perap selama 2 jam atau lebih.
Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar di rak bawah selama 1 jam (50 minit api bawah dan 10 minit api atas) suhu 170°C bergantung pada oven masing2.

**Untuk dapat potongan yang cantik berlubang, potong melintang bahagian tengah kek bukan potong secara menegak, kemudian tengok urat kek.

Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut


Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;