29 Dec 2019 1 comments

Uncang Wantan Saba

Uncang Wantan Saba -

Uncang Wantan Saba
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 paket kulit wantan
1 tin Saba Mackerel Ayambrand
1 tin Chili Saba Mackerel Ayambrand
1 biji telur
3 sudu besar bawang cincang
2 sudu besar daun bawang hiris
1 sudu kecil perahan jus limau
1/4 sudu teh garam
2 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Toskan air dari tin Saba Mackerel.  Ambil isinya.
  2. Satukan isinya dengan bawang cincang, daun bawang dan telur.
  3. Gaul rata dan masukkan tepung jagung, sebatikan.
  4. Perasakan dengan sedikit garam dan perahan jus limau.
  5. Letak satu sudu kecil inti ke atas kulit wantan.
  6. Sapu sedikit air di kelilingnya supaya melekat.
  7. Tutup dan cantumkan menjadi seperti uncang.
  8. Goreng hingga keperangan.
  9. Boleh di makan bersama sos cili atau sos kicap.

Uncang Wantan Saba


Uncang Wantan Saba shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
25 Dec 2019 1 comments

Cendawan Goreng Kunyit

Cendawan Goreng Kunyit -

Cendawan Goreng Kunyit
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 packet cendawan Kings Oyster
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, hiris
1 labu bawang besar, potong baji
1 tangkai cili merah, hiris
1/2 batang carrot, hiris halus
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam atau putih
2 tangkai daun bawang, potong
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang dan carrot, goreng kilas.
  3. Masukkan cendawan, cili dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  4. Akhir sekali masukkan serbuk kunyit dan gaul rata.


Cendawan Goreng Kunyit







Cendawan Goreng Kunyit shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
23 Dec 2019 1 comments

Sup Telur Puyuh Akar Lotus

Sup Telur Puyuh Akar Lotus -

Sup Telur Puyuh Akar Lotus
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
20 biji telur puyuh rebus
1 batang akar lotus, buang kulit
4 hiris halia
2 ulas bawang putih hiris
1 sudu besar goji berries
1.5 liter air rebusan ayam
1/2 batang carrot, potong
3 tangkai daun bawang, potong
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar minyak untuk menumis

Penyediaan :
  1. Hiris nipis akar lotus.
  2. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan akar lotus, goji, carrot dan air rebusan ayam.
  4. Masak hingga mendidih, perasakan dengan garam dan lada putih.
  5. Akhir sekali masukkan daun bawang dan telur puyuh.
  6. Didihkan sebentar dan angkat.

Sup Telur Puyuh Akar Lotus


Sup Telur Puyuh Akar Lotus shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Air Logan Kelapa Laut

Air Logan Kelapa Laut -

Air Logan Kelapa Laut
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1.5 liter air
60 gm longan kering, bilas dan tos
15 gm goji berries, bilas dan tos
100 gm gula batu
5 buah kelapa laut, hiris
2 helai daun pandan, simpul

Penyediaan :
  1. Masak air, daun pandan dan gula hingga gula larut.
  2. Masukkan longan, goji dan kelapa laut.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Boleh di minum panas atau sejuk.

Air Logan Kelapa Laut


Air Logan Kelapa Laut shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sotong Sumbat Percik

Sotong Sumbat Percik -

Sotong Sumbat Percik
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 ekor sotong saiz besar
4 biji telur
2 sudu besar bawang merah cincang
1 sudu besar carrot cincang
1 sudu besar cili benggala merah cincang
10 helai daun bayam, hiris kasar
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
1 sudu besar mentega
Lidi untuk menyucuk

Kuah Percik
1/2 cawan yogurt
1 cawan air
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
5 biji cili padi
1 batang serai, ambil bahagian putih
1 sudu besar ikan bilis halus
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak
2 sudu besar bancuhan tepung gandum

Penyediaan :
  1. Buang kulit, tulang dan perut sotong.  Cuci bersih.
  2. Keringkan di atas tisu dapur.
  3. Satukan telur, bawang, cili benggala, carrot dan daun bayam.
  4. Perasakan dengan garam dan lada sulah.  Kocok rata.
  5. Panaskan mentega dan tuang bancuhan telur.
  6. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau.
  7. Masak hingga telur masak tetapi tidak terlalu kering.
  8. Masukkan telur ke dalam piping bag.
  9. Picit ke dalam perut sotong 3/4 penuh.
  10. Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.

Penyediaan Kuah Percik :
  1. Kisar bahan2 kuah percik kecuali bancuhan tepung gandum.
  2. Tapis ke dalam kuali dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
  4. Masukkan sotong dan tutup kuali.
  5. Masak hingga sotong mengelembung.
  6. Keluarkan sotong dan kelarkan.
  7. Sapu sedikit kuah percik ke atasnya,
  8. Panggang sebentar pada suhu 200C selama 15 minit.
  9. atau bakar menggunakan torch lighter.
  10. Hidang dengan kuah percik.
Sotong Sumbat Percik


Sotong Sumbat Percik shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
30 Nov 2019 1 comments

Fluffy Portuguese Egg Tarts

Fluffy Portuguese Egg Tarts -

Fluffy Portuguese Egg Tarts 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 Packet Puff Pastry KAWAN 8in

Bahan Kastard
1/2 cawan gula kaster (100 gm)
5 biji kuning telur
2 biji telur
1 cawan susu segar (240ml)
1/3 cawan dairy whipping cream (40 ml)
2 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air (larutkan)
1 sudu kecil esen vanila

Acuan Muffin atau acuan foil, gris dengan mentega
Menghasilkan 10-12 biji

Cara-cara :

  1. Canai pastry memanjang, tabur sedikit tepung.
  2. Sapu tepinya dengan air dan gulung memanjang.
  3. Potong 6 atau mengikut saiz acuan.
  4. Canai dan leperkan,  masukkan ke dalam acuan.
  5. Cucuk dasarnya dengan garpu.
  6. Simpan di dalam peti sejuk sebentar.


Penyediaan Kastard :

  1. Satukan kuning telur dan telur, kocok ringan dan tapis.
  2. Panaskan whipping cream dan gula hingga larut di atas api kecil.
  3. Masukkkan telur, kacau sebentar dan tuang bancuhan tepung jagung.
  4. Kacau dengan api perlahan hingga adunan sedikit berketul di dasar periuk.
  5. Tutup api dan terus mengacau hingga licin.
  6. Sudukan kastard ke dalam kulit tart hingga penuh.
  7. Panaskan oven pada suhu 200C.
  8. Bakar di rak bawah selama 15 minit.
  9. Alihkan ke rak atas dan bakar selama 15 atau hingga keperangan.


Fluffy Portuguese Egg Tarts







Fluffy Portuguese Egg Tarts shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
29 Nov 2019 0 comments

Puff Pastry Salmon

Puff Pastry Salmon -

Puff Pastry Salmon
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 keping puff pastry KAWAN 8in
2 keping isi ikan salmon
1  sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
1 sudu teh jus lemon

Filing Keju Bayam
2 sudu besar mentega
2 sudu besar bawang putih cincang
3 sudu besar bawang besar cincang
1 ikat daun bayam, ambil daun sahaja
5 cendawan butang, hiris nipis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/3 cawan breadcrumb (serbuk roti)
110 gm cream cheese
1/4 cawan parutan keju Parmesan

Kuning telur untuk sapuan


Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 200C.
  2. Perasakan ikan dengan serbuk lada hitam, garam dan jus lemon.
  3. Cairkan mentega, tumis bawang hingga naik bau.
  4. Masukkan cendawan, masak hingga layu.
  5. Masukkan bayam, garam dan serbuk lada hitam.
  6. Masak hingga bayam lembut.
  7. Tambah breadcrumb, cream cheese, parmesan dan gaul hingga rata.
  8. Angkat dan ketepikan.
  9. Letak ikan salmon di tengah puff pastry, sapu kuning telur di keliling tepi pastry.
  10. Ratakan filing keju di atas ikan, tutup ikan dengan pastry dari kedua belah.
  11. Bungkus rapi dan terbalikan ke atas, bahagian ikan berada di atas.
  12. Sapu rata kuning telur dan buat beberapa kelaran.
  13. Bakar selama 25 minit hingga keperangan.


Puff Pastry Salmon



Puff Pastry Salmon shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
15 Nov 2019 1 comments

Rojak Mi Numee

Rojak Mi Numee -

Rojak Mi Numee
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 kg mi Numee, cuci dan celur sebentar, toskan
2 keping tauhu - goreng, potong dadu
4 biji telur rebus - di belah 4
2 biji ubi kentang rebus, potong dadu
Taugeh, celur sebentar
Timun hiris halus
Daun salad - hiris halus

Kuah Rojak
5 biji keledek oren
3 keping kecil gula Thai atau gula melaka
2 sudu kecil garam
8 tangkai cili kering, rendam dan kisar
1 mangkuk air asam jawa
1 1/2 cawan air

Penyediaan :
  1. Rebus keledek hibgga empuk.
  2. Buang kulit dan kisar dengan air hingga halus.
  3. Cili kisar, air asam jawa dan gula melaka di masak hingga mendidih.
  4. Bila gula larut, masukkan keledek kisar.
  5. Tambahkan sedikit air jika pekat.
  6. Masukkan garam dan reneh hingga kuah hampir pekat.
  7. Kuah tidak terlalu cair atau pekat dan rasanya pedas manis.
  8. Hidang bersama mi dan bahan2 yang lain.
Rojak Mi Numee


Rojak Mi Numee shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
14 Nov 2019 1 comments

Mi Tiram Yogurt Numee

Mi Tiram Yogurt Numee -

Mi Tiram Yogurt Numee
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
1 kg Mi Numee Gardenia
1 cawan daun parsley, cincang
3 tangkai cili hijau
5 ulas bawang putih, cincang
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
5 sudu besar yogurt
 2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar perahan jus lemon
2 cawan stok ayam
100 gm Tiram

Cara-cara :
  1. Celur Mi Numee Gardenia selama 10 minit.
  2. Kisar daun parsley dan cili hijau.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan bahan kisar dan stok ayam.
  5. Masukkan tiram, masak hingga tiram terbuka.
  6. Masukkan yogurt, jus lemon, gula dan garam.
  7. Tuang ke atas Mi Numee.
Mi Tiram Yogurt Numee


Mi Tiram Yogurt Numee shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
10 Nov 2019 1 comments

Pulut Pagi Kacang Merah

Pulut Pagi Kacang Merah -

Pulut Pagi Kacang Merah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan
500gm beras pulut (direndam semalaman)
2 helai daun pandan
200gm gula melaka
50gm gula pasir
250ml air
1 sudu besar air kapur
1 biji kelapa parut putih + sedikit garam - kukus sebentar

Cara-cara
  1. Satukan gula melaka, gula pasir, air dan air kapur.
  2. Masak bersama daun pandan sehingga agak pekat. 
  3. Angkat dan sejukkan.  Tapis.
  4. Kukus beras pulut dan daun pandan selama 25 minit atau setengah masak. 
  5. Masukkan ke dalam bekas dan gaul rata dengan air gula melaka. 
  6. Biarkan sebentar hingga pulut menyerap air gula.  
  7. Kukus semula sehingga masak.
  8. Hidang bersama kelapa parut dan inti kacang merah.
Inti Kacang Merah
200gm kacang merah - rendam semalaman
500ml air
100gm gula merah
1/8 sudu teh garam

Cara-cara :
  1. Rebus kacang merah hingga hampir empuk.  
  2. Tambahkan sedikit air jika masih keras.  
  3. Reneh hingga air tinggal sedikit di dasar periuk.  
  4. Masukkan gula merah dan secubit garam.  
  5. Tutup periuk dan renehkan dengan api perlahan hingga inti kacang empuk dan kering.

Pulut Pagi Kacang Merah


Pulut Pagi Kacang Merah shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
9 Nov 2019 1 comments

Pulut Ikan Kering

Pulut Ikan Kering -

Pulut Ikan Kering
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 cawan beras pulut - direndam
2 helai daun pandan
6 ekor ikan kering goreng
1/2 cawan bawang goreng
1 cawan kelapa parut muda
1/4 sudu teh garam

Penyediaan :
  1. Cuci dan rendam beras pulut sekurangnya 4 jam atau semalaman. 
  2. Kukus bersama daun pandan selama 30 minit hingga masak.
  3. Gaul kelapa dan garam.
  4. Hidangkan pulut bersama kelapa, ikan kering dan bawang goreng.

TIPS :
Untuk melembutkan pulut lebih cepat dan mempercepatkan masa mengukus, rendam beras pulut dengan air mendidih selama 15, toskan dan kukus.

Untuk memasak pulut dengan rice cooker, air dan pulut sukatan 1:1.

*** Untuk Pulut Bunga Telang, rebus 20 kuntum bunga telang, apabila sejuk, ramas dan tapis ambil airnya dan rendam dengan pulut.

Pulut Ikan Kering


Pulut Ikan Kering shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
8 Nov 2019 0 comments

Ketupat Sotong Trengganu

Ketupat Sotong Trengganu -

Ketupat Sotong Trengganu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
6 ekor sotong saiz sederhana atau besar
1/2 cawan beras pulut, cuci, rendam selama 1 jam.
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat atau santan kotak (200 ml)
3 ulas bawang merah - hiris
1 sudu kecil halba
1/2 inci halia - hiris halus
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu kecil tepung jagung, larutkan dengan 1 sudu besar air
Lidi kecil

Penyediaan :
  1. Cuci sotong, buang dakwat, kulit, mata dan giginya.
  2. Isikan 1/2 penuh pulut ke dalam perut sotong.
  3. Tutup dengan kepala sotong di atasnya dan cucuk lidi hingga kemas.
  4. Rebus sotong dengan santan cair hingga menjadi tegang dan buncit.
  5. Setelah hampir kering, masukkan santan pekat.
  6. Masukkan halba, halia, bawang hiris, garam dan gula.
  7. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung.
  8. Masak hingga kuah hampir pekat.
Ketupat Sotong Trengganu


Ketupat Sotong Trengganu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
7 Nov 2019 0 comments

Kambing Panggang Blackpepper

Kambing Panggang Blackpepper -

Kambing Panggang Blackpepper
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 keping daging kambing
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu kecil kicap pekat
1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara :
  1. Ketuk sedikit daging kambing supaya tidak liat.
  2. Rendam dalam air bancuhan tepung gandum.
  3. Cuci bersih untuk hilangkan bau kambing dan toskan. 
  4. Gaul bersama sos tiram, sos lada hitam dan minyak zaitun.
  5. Perap selama 20 minit.
  6. Panggang dalam oven atau atas pan hingga masak.
  7. Hidang dengan sos blackpepper, kentang putar dan sayuran.

Sos Blackpepper
1/2 biji bawang besar di potong dadu
1 sudu besar mentega
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos black pepper
2 sudu besar kicap hitam
200ml air
100ml air + 1 sudu besar tepung jagung (utk pekatkan kuah)
1/4 sudu teh garam
1 sudu kecil gula
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar

Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan tumis bawang hingga layu.
  2. Masukkan semua sos, kicap dan air.  Biarkan mendidih.
  3. Tuang larutan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  4. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam kasar.
  5. Kacau dengan api perlahan hingga kuah hampir pekat.
Kentang Putar
3 biji ubi kentang - potong dadu
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar atau whipping cream
2 tangkai daun bawang, hiris

Cara-cara :
  1. Rebus kentang hingga empuk, lenyek ketika masih panas hingga halus.
  2. Panaskan susu dan mentega hingga cair, masukkan ubi kentang dan gaul hingga sebati.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam dan putih secukupnya.
  4. Gaul dengan hirisan daun bawang.

Kambing Panggang Blackpepper


Kambing Panggang Blackpepper shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
6 Nov 2019 0 comments

Teresek Jantung Pisang

Teresek Jantung Pisang -

Teresek Jantung Pisang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan :
2 biji jantung pisang
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisek
1 cawan santan pekat (200ml santan kotak)
2 keping asam gelugor
1 sudu besar budu
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 keping gula melaka atau 1/2 sudu besar gula
1/4 cawan minyak masak
1 labu bawang besar, hiris
3 tangkai cili padi, hiris

Bahan Kisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 hilis halia
3 hiris lengkuas
5 biji tangkai cili kering, rendam air panas, tos
1 sudu besar biji ketumbar, sangai
Penyediaan :
  1. Buang kulit luar jantung pisang, ambil bahagian yang lebih cerah.
  2. Belah dua dan hiris halus.
  3. Rendam dalam air garam dan toskan.
  4. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah kari hingga naik bau.
  5. Masukkan santan, asam gelugor, budu, gula dan garam.
  6. Tumis hingga pecah minyak.
  7. Masukkan kerisek, jantung pisang hiris dan gaul rata.
  8. Apabila telah pekat dan hampir kering, tabur dengan bawang dan cili hiris.

Nota : 
Boleh masukkan Organ ayam seperti hati, pedal, leher yang di potong kecil.
Masukkan ketika menumis dan tumis hingga masak sebelum memasukkan santan.

Teresek Jantung Pisang


Teresek Jantung Pisang shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
5 Nov 2019 0 comments

Thai Curry Fettucini

Thai Curry Fettucini -
https://drive.google.com/uc?export=view&id=14imHxDXDFhA78_AM0vCyjWPfrJLRNYwxhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1Mv_WNg2epdlKhgwx0QsWrqWBXh7OPk3W

Pasta dengan sentuhan bumbu thailand yang pedas dan vegan. Sering bikin ini buat saya sendiri, anak-anak suka banget pasta atau mie, hanya mereka gak suka masakan pedas. Saya menggunakan sayuran paprika aneka warna biar keliatan colourful hehe.. dan pake rebung yang saya beli kalengan. Terkadang saya pakein jamur kaleng, kacang polong, dsbnya bergantung stok sayuran di dapur. Bikin masakan ini cepat dan mudah gak pake ribet karena hanya geprek bawang putih, bumbu lainnya sudah siap pakai. 
Resep saya adaptasi dari sini
BahanFettuccini (lk 1 paket @500 gr)1 sdm minyak zaitun1/2 bh paprika hijau/merah/kuning4 siung bawang putih (cincang halus)1 sdt kari bubukGaram1/4 cup Thai kari pasta merah (siap beli) 1 kaleng santan (lk. 400 gr)3 sdm gula merah1/4 cup air asam jawa1 kaleng rebung (siap pakai)
Cara Membuat
  1. Rebus fettuccini sampai aldente. Sisihkan.
  2. Panaskan minyak diwajan. Masukkan paprika dan tumis sampai agak layu.
  3. Masukkan bawang putih dan tumis sampai wangi.
  4. Tambahkan kari bubuk, pasta thai kari merah, Aduk rata. 
  5. Tuang santan dan rebung, aduk rata.
  6. Tambahkan sisa bumbu lainnya, aduk rata dan didihkan.
  7. Jika sdh mendidih, tutup dan kecilkan api. Masak lk 5 menit. 
  8. Masukkan fettuccini dan aduk rata.
  9. Sajikan hangat.


Thai Curry Fettucini shared from Laily's Food
Republish by The CC Resepi
0 comments

Baby Crab Crispy

Baby Crab Crispy -

Baby Crab Crispy
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm baby crab, boleh beli di Sri Ternak
1/2 bungkus Tepung Serbaguna Adabi
2 sudu besar air
3 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan :
  1. Cuci dan toskan baby crab.
  2. Tabur dengan tepung serbaguna.
  3. Renjiskan sedikit air supaya melekat.
  4. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  5. Masukkan sedikit-sedikit dan goreng hingga garing.
  6. Goreng daun kari dan gaul dengan baby crab

Baby Crab Crispy


Baby Crab Crispy shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
4 Nov 2019 0 comments

Kerutup Jantung Pisang

Kerutup Jantung Pisang -

Kerutup Jantung Pisang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 biji jantung pisang
3 sudu besar rempah kerutup
1 sudu kecil cili kisar
1/4 cawan air asam jawa
1/2 keping gula melaka
2 sudu kecil garam
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu besar kerisik
1/4 cawan minyak masak

Bahan kisar
4 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris bahagian putih
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji ketumbar



Penyediaan :
  1. Buang kulit luar jantung pisang.  Ambil bahagian yang lebih cerah.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
  3. Masukkan cili kisar dan rempah kerutuk.
  4. Tumis dengan api paling perlahan. Kacau sehingga rempah sedikit garing.
  5. Kemudian, masukkan air asam jawa.
  6. Biar mereneh hingga pecah minyak.
  7. Kemudian masukkan gula melaka dan garam.
  8. Belah 6 jantung pisang setiap satu.  Belah ketika hendak di masukkan ke dalam kuah.
  9. Masukkan ke dalam periuk dan gaul hingga rata.
  10. Tambah sedikit air dan reneh hingga jantung pisang lembut.
  11. Akhir sekali masukkan santan dan kerisik.
  12. Tutup periuk dan biar mereneh hingga kuah hampir pekat.


Kerutup Jantung Pisang


Kerutup Jantung Pisang shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;