30 Jan 2019 0 comments

Kuih Qasidah

Kuih Qasidah -

Kuih Qasidah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
10 ulas bawang merah, mayang
minyak untuk menggoreng

Goreng bawang hingga keperangan, angkat dan toskan.
Ketepikan 1 sudu besar minyak bawang untuk adunan

Adunan Tepung :
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan santan pekat segar
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
2 biji telur B
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 sudu besar minyak gorengan bawang
2 sudu besar minyak sapi
Sedikit pewarna kuning

Daun pisang, potong kecil untuk alas kuih
Penyepit

Cara-cara :
  1. Gaul rata semua bahan kecuali daun pandan dan minyak sapi.
  2. Tapis ke dalam kuali non-stick dan masukkan daun pandan.
  3. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau hingga adunan berketul dan mula pekat.
  4. Masukkan minyak sapi dan kacau lagi sehingga adunan tidak melekat di kuali.
  5. Biarkan adunan suam, ambil sedikit adunan 30gm dan bentuknya bulat.
  6. Untuk membuat kelopak bunga, sepit mulai dari bawah hingga ke atas menggunakan penyepit.
  7. Susun di atas alas daun pisang dan tabur dengan bawang goreng dan renjisan minyak bawang.


Kuih Qasidah


Kuih Qasidah shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
25 Jan 2019 0 comments

Tart Nutella

Tart Nutella -

Tart Nutella
Resipi by Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
125 gm mentega
40 gm gula perang halus
1 sudu kecil esen vanila
200 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
40 gm serbuk badam
1 botol Nutella 350 gm

Cara-cara :

  1. Pukul mentega, esen vanila dan gula dengan senduk kayu hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan serbuk badam.
  3. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Rehatkan selama 15 minit.
  5. Canai dan terap dengan acuan tart.
  6. Bakar pada suhu 150C di rak bawah selama 15 minit.
  7. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  8. Setelah sejuk, paipkan nutella ke atas biskut.
  9. Bakar semula di rak atas selama 15 minit hingga nutella set.


Tart Nutella


Tart Nutella shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
24 Jan 2019 0 comments

Salad Yee Sang Prosperity

Salad Yee Sang Prosperity -

Salad Yee Sang Prosperity
By kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
Kubis Ungu, hiris halus
Carrot, hiris halus
Timun, hiris halus
Limau Bali, Limau Mandarin atau yang di sukai, potong
1 bungkus mixed nuts Nature's Hearts
Telur dadar, hiris
Minyak bawang putih
Bijan, di sangai
Bawang goreng
Bawang Jeruk
Serbuk 5 spices, serbuk lada putih, minyak bawang

Sos Yee Sang :
4 sudu besar sos plum + 4 sudu besar air panas, kacau

Cara Menhidang :
Hidang di dalam pingan besar dengan buah pamelo di tengah.
Letak bawang jeruk di atasnya dan taburan bijan dan kacang Nature's Hearts.
Atur hirisan sayuran dan buah di keliling pingan.
Akhir sekali tabur dengan serbuk lada putih, 5 spice, sedikit minyak bawang putih dan sos plum.
Gaul rata dan enjoy dengan menikmati.

Salad Yee Sang Prosperity


Salad Yee Sang Prosperity shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
22 Jan 2019 0 comments

Udang Mentega Telur Masin

Udang Mentega Telur Masin -

Udang Mentega Telur Masin 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm udang sederhana
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit serbuk lada putih
1 cawan tepung ubi
Minyak untuk menggoreng

Cuci udang, gunting belakang dan toskan di atas tisu dapur hingga kering.
Kemudian gaulkan di dalam tepung, serbuk lada putih dan serbuk pati ayam hingga bersalut rata.
Panaskan minyak dan goreng sebentar hingga tepung keperangan.
Tos dan ketepikan dulu.
Bahan Tumis
2 sudu besar mentega atau marjerin
2 sudu besar bawang putih cincang
2 sudu besar pes telur masin atau 3 kuning telur masin rebus, haluskan
3 tangkai cili padi, potong kecil
2 tangkai daun kari

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan telur masin dan kacau hingga rata.
Tambah daun kari dan cili.
Masukkan sebungkus kacang campuran naturesheart
Akhir sekali masukkan udang yang di goreng tadi.
Kacau hingga bersalut rata dan sedia di hidangkan.

Udang Mentega Telur Masin



Udang Mentega Telur Masin shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Udang Mentega Telur Masin / Salted Egg Butterprawn

Udang Mentega Telur Masin / Salted Egg Butterprawn -

Udang Mentega Telur Masin  / Salted Egg Butterprawn
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm udang sederhana
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 cawan tepung ubi
Minyak untuk menggoreng

Cuci udang, gunting belakang dan toskan di atas tisu dapur hingga kering.
Kemudian gaulkan di dalam tepung dan serbuk pati ayam hingga bersalut rata.
Panaskan minyak dan goreng sebentar hingga tepung keperangan.
Tos dan ketepikan dulu.
Bahan Tumis
2 sudu besar mentega atau marjerin
2 sudu besar bawang putih cincang
2 sudu besar pes telur masin atau 3 kuning telur masin rebus, haluskan
3 tangkai cili padi, potong kecil
2 tangkai daun kari

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan telur masin dan kacau hingga rata.
Tambah daun kari dan cili.
Akhir sekali masukkan udang yang di goreng tadi.
Kacau hingga bersalut rata dan sedia di hidangkan.

Udang Mentega Telur Masin / Salted Egg Butterprawn



Udang Mentega Telur Masin / Salted Egg Butterprawn shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
20 Jan 2019 0 comments

Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit

Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit -

Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
25gm Nurell Salted Egg Paste (1 sudu makan)
125 gm mentega tawar
65 gm gula aising
125 gm tepung kentang atau tepung jagung
80 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
Sedikit bijan hitam untuk hiasan

Cara-cara :
Putar mentega dan gula dengan senduk kayu hingga sebati.
Masukkan pes telur masin dan kacau rata.
Masukkan tepung kentang, tepung gandum dan susu tepung.
Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
Tekan dengan nozzle bergerigi atau nozzle samperit.

Susun di atas dulang yang di alas baking paper.
Tabur dengan bijan hitam sebagai hiasan.
Selepas di susun dalam dulang, rehatkan selama 20 minit di bawah kipas hingga keras.
Ini untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak kembang.

Bakar pada suhu 150C di rak bawah selama 10 minit dan alihkan ke rak atas dan bakar selama 10 minit hingga masak.

Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit


Samperit Telur Masin / Salted Egg Yolk Samperit shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
19 Jan 2019 0 comments

Ondeh Ondeh Ubikayu

Ondeh Ondeh Ubikayu -

Ondeh-Ondeh Ubikayu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
500 gm ubikayu parut
1/4 sudu teh garam halus
2 keping gula Melaka, potong dadu kecil
Pewarna dan perisa yang di sukai

Kelapa parut + garam halus, dikukus sebentar

Cara-cara :
Tapis parutan ubikayu di dalam penyejat.
Buang air tapisan yang jernih dan ambil pati mendapannya.
Campur bersama ubikayu dan secubit garam.
Gaul rata dan bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian.
Campur pewarna dan perisa yang di sukai.
Panaskan pengukus, alas dengan daun pisang.

Ambil adonan sebesar ibu jari, masukkan potongan gula melaka.
Bulatkan dan susun di atas pengukus.
Kukus selama 15-20 minit hingga masak.
Angkat dan gaulkan dengan kelapa parut.

Sedia di hidangkan.

Ondeh Ondeh Ubikayu


Ondeh Ondeh Ubikayu shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
18 Jan 2019 0 comments

Tart Nanas Telur Rebus

Tart Nanas Telur Rebus -

Tart Nanas Telur Rebus
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Jem Nanas :
1 kg nanas parut
100 gm gula pasir
1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Cara-cara :
Masak parutan nenas hingga airnya hampir kering.
Masukkan gula dan serbuk kayu manis, kacau airnya kering dan pekat.
Sejukkan dahulu dan gentel inti 5gm.

Bahan Doh :
125 gm mentega
75 gm marjerin
50 gm gula aising
270 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
1 kuning telur
1 kuning telur rebus, haluskan
1 sudu kecil esen vanila

Olesan :
1 kuning telur
2 sudu kecil susu cair

Cara-cara :
  1. Satukan mentega, marjerin dan gula, kacau dengan senduk kayu hingga sebati.
  2. Masukkan telur, telur rebus dan kacau rata, tambahkan sedikit esen vanila.
  3. Masukkan tepung dan uli menjadi doh.
  4. Gentel doh 10gm dan isikan dengan jem nanas,  bulat2kan.
  5. Sapu dengan olesan dan bakar pada suhu 150C selama 25 minit hingga masak.


Nota : Tart Bentuk Buah Parsimon :

Doh di campur pewarna oren dan bulatkan, tekan sedikit atasnya.
atau diwarnakan dengan berus dengan pewarna oren.
Sapu dengan bahan olesan.
Untuk daun, ambil sedikit doh, beri sedikit pewarna coklat dan hijau.
Canai dan terap dengan penerap bentuk bintang.
Letak di atas doh untuk daun.
Bakar hingga masak.

Tart Nanas Telur Rebus


Tart Nanas Telur Rebus shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
15 Jan 2019 0 comments

Roti Gulung Sosej Keju Lilit

Roti Gulung Sosej Keju Lilit -

Roti Gulung Sosej Keju Lilit
By Kak Wan@Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
1 bungkus daging lembu hiris Gourmessa
5 keping roti sandwich
5 keping kepingan keju Cheddar
5 keping sosej lembu
Sedikit minyak untuk menggoreng
1 sudu mentega
Lidi untuk mencucuk

Penyediaan :
Gelek roti hingga nipis.
Letakkan sekeping cheese diatasnya, di ikuti sosej.
Gulung kemas dan lilitkan dengan kepingan daging
Cucuk dengan lidi supaya gulungan tidak terbuka.

Panaskan sedikit minyak, goreng dengan api perlahan.
Balik-balikkan dan masukkan mentega.
Goreng hingga kedua belah keperangan.
Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Roti Gulung Sosej Keju Lilit 




Roti Gulung Sosej Keju Lilit shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
11 Jan 2019 0 comments

Mini Swirl Pavlova

Mini Swirl Pavlova -

Mini Swirl Pavlova
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
4 biji putih telur (180ml) suhu bilik
180 gm gula kaster
1 sudu teh cuka
1 sudu makan rata tepung jagung
1 sudu teh serbuk vanila atau esen vanilla

Peralatan : Baking paper, Nozzle 1 M dan piping bag
Potongan buahan segar, kiwi, strawberry, blueberry, manga atau buah yang masam manis

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 120C.
  2. Asingkan kuning dari putih telur, pastikan tiada kuning telur termasuk dalam putih telur.
  3. Putar putih telur di dalam mangkuk yang bersih dengan kelajuan perlahan hingga berbuih.
  4. Kemudian tukar kepada kelajuan sederhana dan putar hingga putih telur berbuih dengan banyak.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit, kemudian putar dengan kelajuan tinggi hingga kental, bertanduk dan berkilat.  Jangan overbeat, pukul jangan melebihi 10 minit.
  6. Masukkan cuka dan esen vanillla. Putar sebentar dan masukkan tepung jagung.
  7. Putar sebentar saja sehingga tepung jagung bergaul rata.
  8. Masukkan meringue ke dalam piping bag dengan muncung nozzle 1 M.
  9. Pipe bentuk swirl ke atas loyang yang di alas baking paper.
  10. Masukkan ke dalam oven di rak tengah dan bakar selama 40-50 minit api atas dan bawah.
  11. Tutup api, biarkan pavlova di dalam oven dengan pintu tertutup selama 15 minit.
  12. Setelah sejuk, letakkan topping fresh cream dan tabur dengan hirisan buah-buahan.


Nota :
Untuk pavlova yang bersaiz besar, lukis bulatan saiz 6 atau 8 in, tuang dan ratakan meringue.
Tempoh bakar untuk pavlova saiz 6 atau 8 lebih kurang 1 jam 15 minit, setelah di bakar biarkan selama 20 minit di dalam oven.
Guna telur segar pada suhu bilik.
Tempoh bakar bergantung pada saiz pavlova.

Topping Cream :
1 cawan non dairy fresh cream
1 sudu kecil esen vanilla

Putar dengan kelajuan tinggi hingga kental.
Letak di atas pavlova dan tabur dengan hirisan buah-buahan.

Mini Swirl Pavlova


Mini Swirl Pavlova shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
9 Jan 2019 0 comments

Salad Labu Manis

Salad Labu Manis -

Salad Labu Manis
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
100 gm labu, potong dadu
1 labu bawang merah besar, hiris wages
1/2 cawan kacang peas segar atau dalam tin
1 pack salad campuran
Kewpie thousand Island

Salad Dressing
1/2 cawan minyak zaitun
1/4 cawan jus lemon
2 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili atau paprika
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
Sedikit garam dan serbuk lada hitam

Cara-cara :
Satukan semua salad dressing di dalam mangkuk dan kacau rata.
Gaul setengah salad dressing bersama labu dan bawang hiris.
Kemudian panggang selama 25 minit, angkat dan biarkan sejuk.
Satukan bersama salad, kacang peas dan baki salad dressing.
Gaul rata, tambahkan kewpie dressing kegemaran.

Salad Labu Manis


Salad Labu Manis shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
7 Jan 2019 0 comments

Sambal Ulek Terung

Sambal Ulek Terung -

Sambal Ulek Terung
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 biji terung pendek, potong
4 tangkai cili merah, potong kecil
6 tangkai cili padi merah dan hijau
6 ulas bawang merah
1 biji tomato, potong 6
1/2 keping gula melaka
1 in belacan
1 sudu kecil garam
Limau kasturi - jika suka
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Panaskan minyak dan goreng terung hingga layu.

Angkat dan toskan.

Dalam minyak yang sama, goreng cili tomato, bawang dan belacan.
Angkat dan toskan minyaknya.
Ulek atau leyek di dalam bekas (bukan tumbuk).
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Masukkan terung goreng dan tenyeh atau lenyek kasar, jangan terlalu lumat.
Hidang dengan nasi putih bersama ayam goreng.

Sambal Ulek Terung




Sambal Ulek Terung shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
5 Jan 2019 0 comments

Gulai Ikan Tongkol

Gulai Ikan Tongkol -

Gulai Ikan Tongkol


Bahan-bahan
1 1/2 kg ikan tongkol -direbus dengan asam keping, garam dan 1/2 keping gula melaka
1 kg santan segar
10 biji cili kering (buang biji, rendam air panas dan toskan)
10 ulas bawang merah
1 ulas bawag putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
3 sudu rempah nasi dagang/rempah gulai cap ros (jika tiada guna serbuk kari ikan pun boleh)
1 keping gula melaka
Asam keping
Sedikit kerisik jika suka
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Cili api hijau utk hiasan

Cara-cara:

  1. Kisar cili kering,bawang, halia, lengkuas dan kunyit hingga halus.
  2. Masak santan hingga pecah minyak.  Masukkan bahan kisar bersama air secukupnya.
  3. Bancuh rempah dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk bersama gula melaka dan kerisik.
  4. Masak hingga mendidih, perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Masukkan ikan tongkol yang direbus tadi.  Apabila hampir diangkat masukkan cili api hijau sebagai hiasan.

Gulai Ikan Tongkol


Gulai Ikan Tongkol shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
2 Jan 2019 0 comments

Apam Mekar

Apam Mekar -

Apam Mekar
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 kuning telur
200 ml santan
200 gm gula pasir
40 gm gula pasir
250 gr tepung gandum
100 ml minyak sayur
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh baking powder
Pewarna yang di sukai

Cara membuat :

  1. Satukan tepung, baking soda dan baking powder.
  2. Masak 200 gm gula pasir dan santan hingga gula larut.  Sejukkan.
  3. Kocok telur dan 40 gm gula pasir hingga kembang.
  4. Masukkan santan berselang seli dengan tepung dan putar perlahan hingga bergaul rata.
  5. Akhir masukkan minyak dan kaup balik hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan beri pewarna.
  7. Tuang dalam acuan berselang warna hingga penuh dan kukus dengan api besar selama 15 minit.


Apam Mekar


Apam Mekar shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;