31 Mar 2019 0 comments

Sup Tomato Kacang Panggang

Sup Tomato Kacang Panggang -
Sup Tomato Kacang Panggang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 tin kecil kacang panggang Ayam Brand
1/2 cawan bawang besar cincang
1/2 cawan celery cincang
2 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar pes tomato
2 cawan tomato segar cincang
4 cawan stok sayur atau air
1 sudu besar minyak zaitun
Daun selasih jika suka
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih dan celery hingga naik bau.
  2. Masukkan tomato cincang, masak hingga layu.
  3. Tambahkan stok sayur, baking soda, serbuk lada putih, gula dan garam secukupnya.
  4. Masukkan kacang panggang dan reneh selama 15 minit.
  5. Tutup api dan kisar sup hingga halus.
  6. Apabila sejuk, tabur dengan daun selasih.
  7. Enak di makan begitu saja atau di cicah roti.


Sup Tomato Kacang Panggang


Sup Tomato Kacang Panggang shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
26 Mar 2019 0 comments

Kway Teow Goreng Ala Thai

Kway Teow Goreng Ala Thai -

Kway Teow Goreng Ala Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 paket kway teow
1/2 cawan isi ayam
4-5 ekor udang
2 biji telur
1 labu bawang bombay, cincang kasar
1 ikat daun kucai, potong
1/2 cawan taugeh
1 keping tauhu goreng, hiris
Minyak untuk menumis
1/4 cawan kacang tanah, sangai dan tumbuk kasar
1 batang daun bawang
Sedikit garam



Sos Perasa - Satukan dalam mangkuk
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula kabung Thai
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil serbuk cili

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak, goreng isi ayam hingga berubah warna.
  2. Masukkan bawang dan tumis bawang hingga layu.
  3. Masukkan tauhu dan udang, kacau sehingga udang kemerahan.
  4. Pecahkan telur dan kacau hingga telur masak.
  5. Masukkan kway teow dan siram dengan sos perasa.
  6. Gaul rata, akhir sekali masukkan daun kucai, taugeh dan kacang tanah.
  7. Hidang dengan taburan daun bawang, taugeh, kacang tanah dan hirisan limau nipis.


Kway Teow Goreng Ala Thai


Kway Teow Goreng Ala Thai shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
22 Mar 2019 0 comments

Pajeri Nanas

Pajeri Nanas -

Pajeri  Nanas
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan 
1/2 biji nanas, potong saiz makan
2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar rempah pajeri / serbuk kari daging
1/2 keping gula melaka - cincang
garam secukup rasa

Bahan Tumis
3 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
3 hiris halia - hiris halus
Rempah 4 sekawan (1 batang kulit kayu manis, 3 kuntum bunga cengkih,3 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang)
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar Halus
2 labu bawang merah Bombay
2 ulas bawang putih
3 hiris halia
2 sudu besar cili kisar

Penyediaan :
  1. Panaskan minyak tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan rempah 4 sekawan dan tumis sebentar.
  3. Masukkan bahan kisar dan rempah kari, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan kerisek dan santan, kacau rata.
  5. Masukkan nanas dan perasakan dengan garam dan gula melaka.
  6. Reneh hingga kuah hampir pekat.


Pajeri Nanas


Pajeri Nanas shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
20 Mar 2019 0 comments

Daging Paprik

Daging Paprik -

Daging Paprik
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan bahan
300 gm daging lembu, hiris nipis
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Sayuran - Potong Kasar
1/2 batang lobak merah
4 batang putik jagung
4 batang kacang peas
1/2 lada benggala merah
1/2 bunga kobis
1 labu bawang besar
3 helai daun limau purut

Cara-cara :
  1. Daging di hiris nipis dan di rebus hingga masak.  Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan gaul sebati
  4. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
  5. Tambah sedikit air dan masukkan sayuran yang keras dahulu, carrot dan bunga kubis.
  6. Apabila telah lembut, masukkan daun limau purut dan sayuran lain.
  7. Tambah sedikit air jika pekat, sedikit garam dan masak hingga sayuran lembut.


Daging Paprik


Daging Paprik shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
19 Mar 2019 0 comments

Malteser Millionaire's Shortbread

Malteser Millionaire's Shortbread -

Malteser Millionaire's Shortbread
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Shortbread
225gm tepung gandum
1 sudu besar horlicks
175gm mentega tawar sejuk, potong kiub
75gm gula caster

Topping Caramel
175gm mentega
100gm gula caster
60gm golden syrup
400gm susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam halus

Topping Coklat
400gm coin coklat susu (semi sweet)
3 bungkus Maltesers

Loyang 23cm x 28cm alas baking paper


Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 150C.
  2. Satukan tepung, gula, horlicks dan mentega,
  3. Ramas dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Ratakan di dalam loyang dan tekan padat dengan spatula.
  5. Cucuk permukaan dengan garpu di beberapa tempat.
  6. Bakar selama 30 minit hingga permukaan keperangan.
  7. Angkat dan sejukkan.

Topping Caramel :
  1. Cairkan mentega, masukkan gula, syrup, susu pekat dan garam.
  2. Masak dengan api perlahan 10-15 minit sehingga menjadi pekat.
  3. Sentiasa mengacaunya supaya tidak hangus.
  4. Tuang ke atas shortbread dan ratakan dengan pisau palette.
  5. Tekan Maltesers ke dalam caramel hingga penuh.
Topping Coklat :

  1. Cairkan coklat coin secara double boiler hingga coklat larut.
  2. Tuang dan ratakan ke atas caramel,  hias dengan taburan Malteser.
  3. Setelah coklat mengeras, potong kepada kepingan 4 segi.

Malteser Millionaire's Shortbread


Malteser Millionaire's Shortbread shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
14 Mar 2019 0 comments

Timun Betik Bersantan

Timun Betik Bersantan -

Timun Betik Bersantan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1/2 biji Timun Betik
400ml santan kotak
100ml air
1 helai daun pandan
sedikit garam
Cendol - jika suka

Sirap gula melaka 
2 ketul gula melaka, racik halus
1/2 cawan air
1 helai daun pandan

Masak hingga pekat dan sejukkan.

Cara-cara :
Masak air dengan daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan dan secubit garam, panaskan sebentar tak perlu mendidih.
Sejukkan dahulu.
Potong timun betik saiz makan.
Tuang santan dan sirap.
Jika suka sejuk boleh tambahkan ketulan ais.

Timun Betik Bersantan


Timun Betik Bersantan shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ikan Kukus Halia

Ikan Kukus Halia -

Ikan Kukus Halia
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal emas / ikan merah / siakap
sedikit garam dan serbuk lada putih
1 inci halia muda
1/3 cawan hirisan daun ketumbar
4 tangkai daun bawang
4 sudu besar minyak masak

Sos
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar air panas
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil minyak bijan

Satukan di dalam mangkuk dan kacau rata.

Cara-cara :

  1. Cuci ikan dan keringkan dengan tisu dapur.
  2. Buat 3-4 kelaran dan tabur sedikit garam dan serbuk lada sulah.  Ketepikan.
  3. Daun bawang di potong 2 in, bahagian batangnya di hiris halus dan rendam dalam air sejuk, hingga berkerinting sebagai hiasan.
  4. Bahagian daun bawang di letak di dalam pinggan, ketepikan.
  5. Halia di hiris halus dan rendam air sejuk.
  6. Letak ikan di dalam pinggan yang di alas daun bawang.
  7. Tabur hirisan halia di atasnya,
  8. Panaskan pengukus dan kukus selama 10-15 minit hingga masak bergantung pada saiz ikan.
  9. Angkat dan keluarkan air ikan.
  10. Tabur atasnya dengan hirisan halia, daun bawang dan daun ketumbar.
  11. Panaskan minyak masak dan siram ke atas ikan,
  12. Akhir sekali tuang sosnya, enak di hidang panas.


Ikan Kukus Halia


Ikan Kukus Halia shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
13 Mar 2019 0 comments

Salad Buah-buahan

Salad Buah-buahan -

Salad Buah-buahan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
Manga
Strawberry
Apple
Nenas
Muskmelon
Limau Mandarin
Avocado
Buah Delima
Dragon fruit
Anggur atau buah-buahan kesukaan

Potong saiz makan


Salad Dressing
1/4 cawan madu
1 sudu besar jus limau atau lemon
1 sudu besar parutan kulit limau atau lemon

atau Kewpie Thousand Island

Satukan semua dan gaul rata, renjiskan ke atas salad, gaul dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di nikmati.

Salad Buah-buahan


Salad Buah-buahan shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
12 Mar 2019 0 comments

Kepah Kari Merah Thai

Kepah Kari Merah Thai -

Kepah Kari Merah Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm kepah, cuci bersih
500 ml santan sederhana pekat
3 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula kabung
1 biji limau nipis, ambil jusnya
sedikit garam
2 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar
5 tangkai cili kering, rebus dan toskan
2 tangkai cili merah, potong kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, ambil bahagian putih

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan kacau rata.
  3. Masukkan kepah dan daun limau purut, tutup periuk dan reneh sebentar.
  4. Apabila kulit kepah terbuka, masukkan sos ikan, jus limau, garam dan gula.
  5. Hidang dengan nasi putih.


Kepah Kari Merah Thai


Kepah Kari Merah Thai shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
7 Mar 2019 0 comments

Macaron Kelapa / Coconut Macaron

Macaron Kelapa / Coconut Macaron -

Macaron Kelapa / Coconut Macaron
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A
1 1/2 cawan (150 gm) serbuk badam
1 1/4 cawan (150 gm) gula aising
2 sudu besar (10 gm) kelapa kering, kisar halus
55 gm putih telur
Pewarna putih

Bahan B
55 gm putih telur
1/4 sudu teh garam

Bahan C
3/4 cawan (150 gm) gula kaster
2 1/2 sudu besar (38ml) air

Kertas baking, lakarkan bulatan kecil
Menghasilkan 40-45 macaron

Penyediaan Kulit Macaron :
  1. Kisar dan ayak bahan A kecuali putih telur dan pewarna.
  2. Kemudian gaul dengan putih telur dan pewarna putih hingga menjadi pes.  Ketepikan.
  3. Putar bahan B hingga kental ketepikan.
  4. Masak bahan C hingga gula larut, terus tuang ke dalam bahan B ketika masih panas.
  5. Putar tanpa henti sehingga bekas telur menjadi sejuk.
  6. Putih telur akan kental dan berkilat.
  7. Kaup balikkan adunan putih telur ke dalam pes sedikit-sedikit.
  8. Apabila sebati, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat.
  9. Pipe ke atas dulang yang di alas kertas baking.
  10. Setelah selesai, hentakkan dulang beberapa kali untuk membuang angin.
  11. Letak di bawah kipas selama 15 minit hingga permukaan macaron kering.
  12. Sentuh dengan jari, jika permukaan tidak melekit baru boleh di bakar.
  13. Bakar pada suhu 130C selama 15 minit.
  14. Biarkan macaron di dalam oven selama 10 minit sebelum di keluarkan.
  15. Simpan di dalam bekas tertutup sebelum di beri filing.


Filing Kelapa Coklat Putih :

Bahan A - Karamel Kelapa
1/2 cawan (35g) kelapa kering
2 sudu besar (30g) gula
1 sudu besar (15ml) air

Bahan B
250 gm coklat putih, cincang kecil
1/2 cawan (120 gm) dairy whipping cream
2 sudu teh esen kelapa
Pewarna putih

Penyediaan Filing :
  1. Masak gula dan air hingga menjadi karamel, masukkan kelapa kering.
  2. Tutup api dan gaul hingga bersalut rata.  Ketepikan.
  3. Panaskan whiping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi bekas.
  4. Angkat dan tuangkan ke atas coklat putih.
  5. Kacau sehingga coklat larut.
  6. Tambahkan karamel kelapa dan pewarna putih.
  7. Kacau hingga sebati, tutup permukaan coklat dengan plastik wrap.
  8. Simpan di dalam peti sejuk.
  9. Sebelum di gunakan keluarkan dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik.
  10. Apabila lembut, gaul rata dan masukkan ke dalam piping bag.
  11. Picit ke atas permukaan macaron.

Macaron Kelapa / Coconut Macaron


Macaron Kelapa / Coconut Macaron shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Kek Kelapa Angel / Coconut Angel Food Cake

Kek Kelapa Angel / Coconut Angel Food Cake -

Kek Kelapa Angel / Coconut Angel Food Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A
150 gm tepung gandum
150 gm gula kaster

Bahan B
12 biji putih telur
150 gm gula kaster
1 sudu besar air suam
1 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu kecil garam
1/4 teh esen vanilla atau esen kelapa

Loyang Turban 9 atau 10in

Cara-cara :
Satukan bahan A, ketepikan.
Putar putih telur dan air hingga berbuih.
Masukkan cream tartar, garam dan esen.
Putar hingga berbuih halus,
Tambahkan gula sedikit-sedikit dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kental.
Kaup balik dengan bahan A hingga bergaul rata.
Tuang ke dalam loyang dan ratakan.
Bakar pada suhu 165C selama 40-45 minit.
Keluarkan dari oven dan telengkupkan di atas redai.
Apabila sejuk hias lapiskan dengan krim kelapa.

Karamel Kelapa *
35 gm kelapa kering
30 gm gula kaster
1 sudu besar air

Cara : 
Masak gula dan air hingga keperangan, tutup api dan masukkan kelapa.
Kacau hingga bersalut rata, sejukkan.
Kisar 1/2 karamel kelapa hingga halus untuk krim.
1/2 lagi untuk hiasan dan taburan

Krim Karamel Kelapa
250ml non dairy whipping cream
1/2 sudu teh esen kelapa / vanilla
1/2 karamel Kelapa *

Cara :
Putar krim hingga kental, masukkan karamel kelapa dan esen.
Kaup balik hingga rata, salutkan pada kek.

Kek Kelapa Angel / Coconut Angel Food Cake


Kek Kelapa Angel / Coconut Angel Food Cake shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
3 Mar 2019 0 comments

Dada Ayam Panggang

Dada Ayam Panggang -

Dada Ayam Panggang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 keping dada ayam
sedikit garam dan serbuk lada hitam / putih
sedikit minyak zaitun

Gaul dan perap selama 15 minit dalam peti sejuk.
Panggang di dalam oven atau pan hingga masak.
Hidang dengan sayuran panggang.

Dada Ayam Panggang


Dada Ayam Panggang shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Smoothie Buah Naga dan Pisang

Smoothie Buah Naga dan Pisang -

Smoothie Buah Naga dan Pisang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 cawan potongan buah naga
1 biji pisang berangan
Sedikit perahan jus limau nipis
1/2 cawan susu segar / air mineral

Penyediaan :
Kisar hingga halus dan simpan di dalam peti sejuk.
Enak di minum dingin.

Smoothie Buah Naga dan Pisang


Smoothie Buah Naga dan Pisang shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam Pongteh Nyonya

Ayam Pongteh Nyonya -

Ayam Pongteh Nyonya
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 kg ayam, potong saiz makan
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji cendawan shitake kering, rendam hingga lembut
2 biji ubi kentang, potong 6
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar gula kabung / gula melaka
1 sudu besar taucu, siram air dan tos
3 cawan air
sedikit garam dan serbuk lada putih
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
Tumbuk bawang merah dan putih hingga hancur.
Kemudian tumis hingga bawang naik bau.
Masukkan taucu dan kacau rata.
Masukkan ayam dan tumis hingga ayam berubah warna.
Tambah air dan masak hingga mendidih.
Masukkan ubi kentang dan cendawan.
Masukkan kicap cair, kicap pekat dan gula melaka.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada putih,
Renehkan sehingga kentang lembut dan kuahnya hampir kering.
Hidang dengan nasi putih.

Ayam Pongteh Nyonya


Ayam Pongteh Nyonya shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
2 Mar 2019 0 comments

Jus Salad Avocado

Jus Salad Avocado -

Jus Salad Avocado

By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
Salad Romaine
Tomato Cherry
Zuchini
Avocado
Jus limau / Lemon
Madu
Air Mineral

Penyediaan :
Kisar semua hingga halus, tambahkan madu secukupnya.
Jus Salad Avocado


Jus Salad Avocado shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
1 Mar 2019 0 comments

Salad Ayam Avocado

Salad Ayam Avocado -

Salad Ayam Avocado
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 keping dada ayam panggang
Salad Romaine
Tomato Cherry
Zuchini
Bawang Bombay

Dressing : Kewpie Roasted Sesame / Thousand Island

Penyediaan :
Lumur dada ayam dengan minyak zaitun, serbuk lada hitam dan secubit garam.
Panggang hingga masak dan potong kecil.
Gaul bersama salad dan dressing kegemaran.

Salad Ayam Avocado


Salad Ayam Avocado shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;