31 Aug 2015 0 comments

Chocolate Cupcakes with Oreo Buttercream

Chocolate Cupcakes with Oreo Buttercream -

Chocolate Cupcakes with Oreo Buttercream
Sumber :  Lya Uzir Creative Living FB

Bahan A
2 cawan (420gm) gula kaster
1 3/4 cawan (240gm) tepung gandum
3/4 cawan (80gm) serbuk koko
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji telur - Pukul ringan
1 cawan (250ml) susu cair
1/2 cawan (125ml) minyak jagung
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan (250ml) air panas

Menghasilkan 25 biji saiz sederhana
Hiasan :  Oreo saiz kecil

Penyediaan :
1.  Panaskan oven pada suhu 165C.   Alas acuan muffin dengan cawan kertas.
2.  Satukan semua bahan A, gaul rata.
3.  Masukkan bahan B kecuali air panas.  Whisk hingga rata, kemudian masukkan air panas, gaul rata hingga adunan nampak pekat.
4.  Tuang ke dalam acuan 3/4 penuh.
5.  Bakar selama 30-35minit di rak tengah (bergantung pada saiz cupcake) hingga masak.
6.  Sejukkan dahulu sebelum di paip dengan oreo buttercream

Oreo Buttercream
Bahan-bahan:
1 cawan mentega tanpa garam (unsalted butter) - suhu bilik
2 sudu kecil teaspoons vanilla essence
3 sudu besar susu/heavy cream
2 cawan gula icing
16 Oreos crumbs ( dibeli ready made atau dihancurkan dengan tangan)

Cara membuatnya:
- Pukul mentega, esen vanila dan susu sehingga kembang. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula icing. Akhir sekali masukkan oreo crumbs dan kacau sebati.
Chocolate Cupcakes with Oreo Buttercream


Chocolate Cupcakes with Oreo Buttercream shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
30 Aug 2015 0 comments

Kek Lapis Durian

Kek Lapis Durian -

Kek Lapis Durian

Bahan A
350gm mentega
120gm gula kastor
14 biji kuning telur
5 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen durian

Bahan B
120gm gula kastor
6 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C
200gm tepung Hong Kong
1 sudu teh baking powder

Bahan D - Pes Durian
200gm isi durian - kisar dgn 100ml susu cair

Bahan Sapuan (3 sudu makan majerin + 2 sudu makan susu pekat manis)

Panaskan ketuhar pada suhu 180c selama 15 minit. Sediakan tin pembakar 8in x 8in (loose base tin)

Cara-cara :
1. Bahan A : Satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen durian dalam mangkuk adunan. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati.  Kemudian masukkan bahan D (Pes durian), putar hingga rata dan sebati.   Tuangkan adunan mentega ini ke dalam mangkuk yang besar, ketepikan.
3. Bahan B : Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan kembang dan bertanduk.
4. Bahan C : Masukkan tepung dan baking powder dalam adunan mentega tadi. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.  Kaup balik dengan adunan putih telur hingga rata.
5.. Ambil 6 sudu besar adunan dan ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit atau hingga kek berwarna perang.  Cucuk permukaan kek dgn garpu atau lidi dan tekan dengan penekan kek lapis.
6. Sapukan permukaan kek ini dgn sedikit bahan sapuan.
7. Kemudian ratakan 6 sudu besar adunan untuk lapisan kedua. Bakar dgn api atas sahaja hingga permukaan perang.
8.  Ulangi langkah melapis seperti ini sehingga lapisan yang terakhir siap dibakar.
9. Tutup tin pembakar dgn kertas aluminium. Bakar semula api atas dan bawah selama 15 minit lagi.  Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Kek Lapis Durian



Kek Lapis Durian shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
24 Aug 2015 0 comments

Rendang Udang

Rendang Udang -

Rendang Udang
Sumber :  Amie Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg udang saiz besar – bersihkan
500 ml santan pekat
3 sudu makan kerisek
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 cawan hirisan daun kunyit
4 sudu makan minyak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
15 biji cili padi
3 biji cili merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 batang serai

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan, dan bancuhan pati asam jawa. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
3. Apabila kuah mulai pekat, masukkan udang bersama kerisek dan hirisan daun kunyit.
4. Kacau sekali-sekala sehingga terbit minyak.

Rendang Udang


Rendang Udang shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
23 Aug 2015 0 comments

Puding Lapis Avocado

Puding Lapis Avocado -

Puding Lapis Avocado

Bahan A
10gm serbuk agar-agar
200gm avocado - kisar halus dengan 1 sudu besar gula pasir
600 ml susu segar
100gm gula pasir

Bahan B
20gm serbuk agar-agar
1200ml susu segar
200gm gula pasir
1 biji kuning telur - pukul ringan

pewarna pink
Acuan atau loyang 8in - basahkan terlebih dahulu

Penyediaan :
1.  Bahan A :  Satukan susu, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih.  Matikan api dan masukkan pes avocado, whisk hingga rata.  Ketepikan.
2.  Bahan B :  Satukan semua bahan B dan masak hingga mendidih.  Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di letak pewarna pink.
3.  Tuang lapisan avocado, biarkan hampir beku, tuang lapisan putih.
4.  Bila lapisan putih hampir beku, tuang lapisan pink.  Simpan di dalam peti sejuk hingga mengeras.

Puding Lapis Avocado


Puding Lapis Avocado shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
21 Aug 2015 0 comments

Fresh Fruit Tart

Fresh Fruit Tart -

Fresh Fruit Tart
Resipi :  Chef As
Sumber :  FB

Bahan Tart 
150g tepung gandum
25g gula halus
70g mentega sejuk - potong dadu
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cwn susu segar@sejat
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar mentega

Hiasan :  Hirisan buah strawberry,kiwi,blueberry atau yang disukai

Cara Buat Pastry
1. Gaul tepung, gula dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Tuang esen vanilla dan telur, gaul menjadi doh.( rehatkan sekejap )
3 .Ambil sedikit doh dan tekan dalam acuan tart.  Kemaskan doh dalam acuan dan cucuk tengah doh dengan garfu.
4. Bakar 180'c selama 25 minit.( ikut oven masing2 )
5  Biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Cara Buat Kastard
1. Satukan semua bahan kecuali mentega dan esen vanilla dalam periuk.
2. Kacau dengan whisk hingga semua sebati.  Masak dengan api kecil hingga pekat, kacau selalu.
3. Matikan api,masukkan esen vanilla dan mentega,kacau rata.( ketepikan dan biarkan sejuk )

Cara Hias
Masukkan kastard dalam piping bag.  Picit ke dalam kulit tart, hias dengan hirisan buah-buahan. Boleh dihidang terus atau di simpan dalam chiller.
Fresh Fruit Tart


Fresh Fruit Tart shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Avocado 3 Layer

Avocado 3 Layer -

Avocado 3 Layer

Bahan-bahan
100ml sirap gula melaka
200ml santan atau susu sejat/susu cair
sedikit garam
2 biji avocado masak ranum
Ais secukupnya

Gelas tinggi

Penyediaan :  
Kisar buah avocado dengan sedikit air mineral hingga menjadi pes.
Sediakan gelas, masukkan 30ml sirap gula melaka.  Kemudian isikan ais ke dalam gelas hingga penuh.
Tuang 60ml santan atau susu di ikuti pes avocado di bahagian atas. Sedia di minum.

Avocado 3 Layer


Avocado 3 Layer shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
20 Aug 2015 0 comments

RESEPI AYAM MASAK MERAH

RESEPI AYAM MASAK MERAH - Bahan bahan: 1 ekor ayam – ( digoreng separuh masak ) 60 ml santan 250 ml air 3 biji tomato 2 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 2 sudu besar sos cili Garam secukup rasa Gula secukup rasa Minyak utk menumis Kacang peas Bahan bahan untuk dikisar: 4 biji bawang besar 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 cm halia 15 tangkai cili kering - rebus sebentar Bahan bahan hirisan

RESEPI AYAM MASAK MERAH shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam Lemon Madu / Honey Lemon Chicken

Ayam Lemon Madu / Honey Lemon Chicken -

Ayam Lemon Madu / Honey Lemon Chicken

Bahan-bahan
300gm isi ayam - hiris atau potong
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil kicap cair
sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Gaul isi ayam bersama kicap cair dan lada sulah.  Perap sebentar.  Kemudian gaulkan bersama campuran tepung gandum dan tepung jagung hingga bersalut rata.  Goreng hingga keperangan. Tos dan ketepikan.

Sos Lemon Madu
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar madu
1/3 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung + 1/2 sudu tepung kastard (larutkan dengan sedikit air)
Sedikit garam

Didihkan air, jus lemon dan madu.  Masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit garam.  Masak hingga sos hampir pekat (jangan likat), Masukkan ayam yang di goreng tadi dan gaul hingga bersalut rata.  Hidang bersama salad.

Ayam Lemon Madu / Honey Lemon Chicken





Ayam Lemon Madu / Honey Lemon Chicken shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Asam pedas ikan terubuk

Asam pedas ikan terubuk -
Secukup rasa , alhamdulillah.



BAHAN-BAHAN:

1.5 kg ikan terubuk
3 batang serai - dititik
200ml cili kisar
1 sudu kecil biji halba
1 sudu besar belacan
1 sudu kecil ketumbar*
1 sudu kecil jintan putih*
1 bunga kantan saiz besar - dibelah dua
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum / 1 ikat
750ml air - secukupnya/boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI KISAR :

60 gm bawang merah
3 ulas bawang putih
30 gm lengkuas
30 gm halia

* jintan putih dgn biji ketumbar disangai samai wangi dan dikisar halus .

-Resepi ni hanya panduan , bahan boleh dikurang atau ditambah ikut selera sendiri . Jika suka lebih kuah masukkan lebih air dan kalau nak lagi pedas tambah la cili lagi.
CARA MEMASAK:

Bersihkan ikan terubuk , dipotong menjadi kepingan dan dibasuh kemudian ditos serta diketepikan dulu.

Biji ketumbar dan jintan putih disangai atau goreng tanpa minyak selama 4-5 minit atau sehingga terbit bau wangi , guna api dapur sederhana dan sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Apa bila dah terbit bau boleh la ditutup api dapur dan ketumbar dgn biji jintan putih dikisar halus atau ditumbuk halus.

Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumiskan halba dalam 1 minit kemudian masukkan bahan kisar . Kacau semua bahan sampai terbit bau wangi . Masukkan cili kisar dan kacau semua bahan , biar sambal menjadi masak dan pecah minyak . Kemudian boleh dimasukkan serbuk jintan manis dgn ketumbar , kacau semua bahan .


Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.Seterusnya masukkan air secukupnya , daun kesum dan bunga kantan . Kacau semua bahan dan biarkan kuah hampir mendidih.Masukkan semua ikan terubuk , garam dan gula secukupnya . Jika kurang kuah boleh ditambah air sehingga menutup ikan dalam periuk . Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra . Rasa kuah dan boleh dimasukkan sedikit demi sedikit air asam jawa sehingga cukup mengikut citarasa sendiri . Kacau perlahan semua bahan dan biarkan sampai mendidih , bila ikan dah masak boleh la ditutup api dapur .


Asam pedas ikan terubuk shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
19 Aug 2015 0 comments

Telur Puyuh Berlada

Telur Puyuh Berlada -

Telur Puyuh Berlada

Bahan-bahan
20 biji telur puyuh direbus, kupas kulit dan goreng sebentar hingga kulitnya mengerutu.
1 biji tomato - potong dadu
1 sudu kecil serbuk maggie secukup rasa
minyak untuk menumis
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumbuk kasar
6 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah
4 tangkai cili padi atau lebih jika suka pedas

Penyediaan :
1.  Tumis bahan yang ditumbuk kasar hingga naik bau.  Masukkan tomato dadu dan kacau hingga hingga layu.
2.  Masukkan telur, garam dan gula.  Perasakan dengan serbuk maggie secukup rasa.  Akhir sekali masukkan air asam jawa, reneh sebentar dan gaul hingga rata.
3.  Hidang bersama nasi.

Telur Puyuh Berlada


Telur Puyuh Berlada shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak -  Ikan Patin Masak Tempoyak Bahan-bahan:     1 ekor Ikan Patin     15 biji Cili Padi     1 inci Kunyit Hidup     2 sb Tempoyak     Daun kesom     2 keping Asam Keping     Bunga Kantan     Timun     Garam secukup rasa     Sedikit Gula  ( resepi ini mmg x guna bawang..) Cara-cara: Kisar cili padi, Kunyit, tempoyak dan air secukupnya Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, seterusnya

Ikan Patin Masak Tempoyak shared from shaed
Republish by The CC Resepi
18 Aug 2015 0 comments

Ayam Masak Ros

Ayam Masak Ros -

Ayam Masak Ros
Sumber :  CMG@Tiffinbiru.com

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
3/4 camca teh garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
3 camca besar cili kisar
2 camca besar tomato puree
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
2 batang serai, diketuk
1/4 cawan kismis
1/3 cawan susu sejat
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
Hirisan daun sup untuk hiasan

Bahan Kisar Halus
1  biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih

Bahan Tumis
1 biji bawang besar hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Penyediaannya :
1.  Goreng ayam 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak tadi dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga layu dan harum. Tambah serai, kismis dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi.
2.  Tambah cili kisar, kacau rata, masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puree, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga naik minyak.  Masukkan ayam, gaul rata dan tuang air. Kacau rata dan masak hingga pekat.
3. Tambah susu cair, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa (mesti ada rasa manis sedikit). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi putih atau sebarang nasi berperisa. Kalau suka boleh juga hiaskan dengan kacang pis.
Ayam Masak Ros


Ayam Masak Ros shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
17 Aug 2015 0 comments

Ayam Bumbu Hijau

Ayam Bumbu Hijau -

Ayam Bumbu Hijau

Bahan-bahan
4 keping dada ayam (600 gm), cuci bersih
1 biji cili hijau, hiris halus
1 biji limau nipis
1 batang serai, ambil bagian putih, hiris halus
1/4 sudu teh garam
1 helai daun kunyit - hiris halus, K1 tambah
2 sudu besar air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan Kisar (Bumbu)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 biji cili hijau
6 biji cili padi hijau
2 biji buah keras (atau ganti almond jika tak ada)
1 cm halia

Penyediaan :
1.  Potong dada ayam dan gaul bersama garam dan jus limau nipis hingga rata. Ketepikan.
2.  Hiris tipis serai dan 1 biji cili hijau. Ketepikan.
3.  Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan hirisan serai dan cili hijau. Gaul rata.
4.  Kemudian masukkan potongan ayam, masak dengan api besar sambil diaduk selama 10 minit.  Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.  Gaul rata.
5.. Perlahankan api dan reneh hingga ayam empuk.  Tambahkan 2 - 3 sudu besar air panas jika perlu.
6.  Masak hingga bumbu agak pekat.  Hidang bersama nasi putih.
Ayam Bumbu Hijau


Ayam Bumbu Hijau shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Almond Cake with berries

Almond Cake with berries -




Panen blueberry dan raspberry dari kebun, banyak. Udah bosen dibikin smoothie. Alternatif lainnya ya dibikin cake. Di Swedia sini cake dengan tambahan almond (mandelmassa) sangat populer dan disukai. Mendapatkan almond paste juga disini sangat mudah karena hampir dijual disemua toko bahan makanan. 

Jadilah untuk hidangan penutup BBQ di kebun. Semua suka khususnya Keisha yang merupakan pecinta berries...sååå.. himla gott! (enak banget!). 

Resep asli hanya menggunakan black berries (semua berries yang berwarna hitam..eksotis) tapi saya tambahkan raspberry, biar tambah cantik, hitam berpadu merahkan jadinya cantik? hehe....

Cake ini juga menurut ukuran cake orang sini sich cukup banyak menggunakan telur yakni 5 butir, tapi karena tidak menggunakan baking powder sehingga dibutuhkan cukup banyak telur. Hasilnya enak banget. Saya suka rasa almondnya....;)

Takaran gula juga saya kurangi (resep asli 3 dl) karena menggunakan almond paste yang sudah manis dan gula mutiara cukup banyak, jadi cukup 2 dl saja...sudah manis kok. Takaran gula mutiara juga saya kurangi menjadi 1/2 dl saja. Ndak tambah manis kalo dipakein 1 dl....kebanyakan. 



Sumber resep :  Hembakat

Silahkan bagi yang pengen nyobain. Mungkin untuk yang di Indonesia agak sulit mendapatkan almond paste ya? saya kurang tahu....

Bahan

5 butir telur (suhu ruang)
2 dl gula pasir
150 almond paste (parut karena almondnya meski paste tapi dipadatkan dlm bentuk batangan. 
                              Biar mudah melarutkan keadonan harus diparut dulu).
4 dl tepung all purpose
2 sdt kapulaga hijau bubuk (atau bisa diganti 1 sdt vanili bubuk jika gak punya kapulaga bubuk)
5 dl blueberry dan raspberry
1/2 dl gula mutiara (pärlsöcker) gula butiran kasar yang khusus digunakan untuk dekorasi dan tidak 
                                 lumer ketika dipanggang dg panas tinggi)
75 gr mentega (suhu ruang)


Cara Membuat
1. Panaskan oven pada suhu 200 C dan atur rak pada bagian tengah.
2. Olesi loyang springform dengan mentega dan taburi dg tepung. Sisihkan.
3. Ayak tepung dengan kapulaga bubuk. Sisihkan.
4. Kocok gula dan telur sampai pucat dan mengembang lk. 7-10 menitan).
5. Masukkan parutan almond paste, aduk rata atau mixer dg kecepatan paling rendah.
6. Masukkan tepung, aduk rata.
7. Tuang kedalam loyang.
8. Tambahkan berries, putar dengan hati-hati menggunakan ujung sendok. 
    Agar berriesnya tercampur rata kebagian bawah adonan.
9. Olesi bagian atas adonan dengan mentega, aratakan.
10. Taburi gula mutiara, agak ditekan sedikit biar nempel.
11. Panggang sampai matang lk. 45 menit.
12. Angkat dan setelah agak dingin baru dikeluarkan dari loyang.
13. Taburi gula halus ketika hendak disajikan.



Almond Cake with berries shared from laily goraya
Republish by The CC Resepi
16 Aug 2015 0 comments

Daging Masak Merah

Daging Masak Merah -

Daging Masak Merah
Resepi Oleh :Dyna@My Resepi
Sumber :  Azlita Aziz@Masam Manis

Bahan-bahan
500 gm daging ~ dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah hingga lembut
1 biji bawang besar ~ di hiris
1 biji capsicum hijau ~ di potong
1 cm halia ~ di ketuk
2 ulas bawang putih ~ di ketuk
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

Hiasan
daun sup
daun bawang
kacang buncis

Penyediaan :
1.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum
Masukkan cili sos, tomato sos dan sos tiram.  Jika terlalu kering tambahkan air rebusan daging
Perasakan dengan garam.
2.  Masukkan daging rebus dan biarkan merenih dan kuah sedikit pekat.  Akhir sekali masukkan capsicum, kacang buncis, daun sup dan daun bawang.  Angkat dan sedia dihidangkan

Daging Masak Merah


Daging Masak Merah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
13 Aug 2015 0 comments

Stew Daging / Beef Stew

Stew Daging / Beef Stew -

Stew Daging / Beef Stew
Resipi : Lya Uzir Creative Living FB
di cuba oleh Resipicitarasawan

Bahan-bahan:
1/4 cawan + 1 sudu besar tepung serbaguna
Garam
Lada hitam yang ditumbuk kasar
1.5 kg daging lembu
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- di cincang kasar
2 sudu besar pes tomato
4 cawan air
2 kiub stok daging
2 helai daun bay
4 tangkai daun thyme (jika tiada boleh guna yang kering)
3 batang carrot- dipotong
3 batang daun celery medium- dipotong
4 biji kentang- dipotong empat atau dua
1 cawan kacang peas dalam tin

Cara membuatnya:
1.  Campurkan tepung bersama 2 sudu kecil garam serta lada hitam, gaul sebati.
2.  Potong daging seperti kiub sebesar 1 atau 1 1/2 inci. Kemudian gaulkan daging bersama tepung tadi.
3. Panaskan minyak. Toskan daging daripada tepung tadi dan masukkan kedalam periuk.  Goreng sehingga keperangan, angkat dan ketepikan.
4.  Menggunakan periuk yang sama, masukkan pula bawang besar, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan pes tomato, dan gaul sehingga sebati.
5.  Masukkan 1 sudu besar tepung dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit supaya tepung itu betul-betul masak.
6.  Kemudian masukkan daging, air, kiub stok lembu, daun bay dan daun thyme. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api yang sederhana. Biarkan ianya mereneh selama 1 jam atau sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu
7.  Setelah daging empuk, masukkan sayur- sayuran dan ubi kentang. Masak sehingga empuk. Setelah itu masukkan kacang pis dan perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam.
Stew Daging / Beef Stew



Stew Daging / Beef Stew shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Tumis tempoyak udang

Tumis tempoyak udang -
Alhamdulillah sedap ^_^


BAHAN-BAHAN :-

500 grm udang - dibersih buang kepala dan ekor
1 biji bawang besar - dipotong berbaji
Garam dan gula secukup rasa
2-3 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping - jika perlu

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT ATAU DIKISAR :-

2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit hidup

* boleh tambah cili api jika suka pedas

CARA MEMASAK :-

Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu dan terbit bau wangi kemudian masukkan tempoyak . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar dan dikacau sekali sekala semua bahan , biarkan bawang besar layu .  Masukkan semua udang dan dikacau rata semua bahan . Rasa sambal jika kurang masam baru ditambah sedikit asam keping atau jus limau nipis . Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan jika kurang manis boleh ditambah sedikit gula , bila udang dah masak boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .



Tumis tempoyak udang shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
12 Aug 2015 0 comments

Kerabu jantung pisang

Kerabu jantung pisang -
Alhamdulillah sedap kerabu jantung pisang ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

600 grm jantung pisang yg sudah direbus
1 biji bawang besar
1 cawan santan
kerisi secukupnya
Garam secukup rasa
jus limau nipis secukupnya

BAHAN DI KISAR :

2 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 inci halia
1 batang serai
3 sudu besar udang kering - rendam dlm air panas

* boleh tambah cili api jika suka pedas

CARA MEMASAK :

1. Kopek jantung pisang sampai ke bahagian yang lembut . Masak air dalam dalam periuk sampai mendidih dan potong jantung pisang , masukkan jantung pisang ke dalam air rebusan serta masak sampai jantung pisang empuk lembut . Tos dan ketepikan dulu .

2. Rendam sekejap udang kering dalam air panas kemudian di tos . Kisar cili merah bersama halia ,serai dan udang kering . Kalau nak lagi pedas boleh ditambah cili api .

3. Masukkan semua santan dengan bahan kisar ke dalam kuali dan masak sampai mendidih atau pecah minyak kemudian masukkan sedikit lad hitam dan kacau semua bahan . Masukkan jantung pisang dalam ke dalam kuali . Masukan kerisi secukup rasa dan jus limau nipis secukupnya . Masukkan garam secukup rasa , Kacau semua bahans ehingga cukup rata . Dah siap kerabu ni dan boleh dihidangkan .


Kerabu jantung pisang shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
11 Aug 2015 0 comments

Kek Lapis Red Velvet / Red Velvet Layer Cake

Kek Lapis Red Velvet / Red Velvet Layer Cake -

Kek Lapis Red Velvet / Red Velvet Layer Cake
Resepi Asal : Sury Abil
Sumber : Sunah Sakura (BM version)
Sumber :  Alongroz@HomeKreation (English Version)

Bahan-bahan:

Adunan merah
250 gram mentega
5 biji telur ayam gred A
235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko
2 sudu makan serbuk koko
175 gram gula kastor
150 gram susu pekat manis
1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g) / buttermilk
1 sudu teh ovallette
pewarna merah

Adunan Cheese
500 gram cream cheese
3 biji telur ayam gred A
120 gram gula kastor
sedikit esen vanila

Loyang 8 x 8 in

Cara-cara membuatnya:

Adunan Merah : 
Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan perlahan. Campurkan yogurt/buttermilk bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.

Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan kepada tiga adunan lebih kurang 250gm setiap mangkuk.

Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tak perlu permukaan perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 6 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya.... lapis sampai habis.

Kek Lapis Red Velvet / Red Velvet Layer Cake


Kek Lapis Red Velvet / Red Velvet Layer Cake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
10 Aug 2015 0 comments

Petua Halau Lalat Hinggap Pada Makanan

Petua Halau Lalat Hinggap Pada Makanan -

Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, Isi satu plastik dengan bunga lawang, cengkeh dan kulit kayu manis. Gantung plastik tersebut di ruang makan



Petua Halau Lalat Hinggap Pada Makanan shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments

Petua Bagi Mengelak Telur Ikan Mudah Hancur

Petua Bagi Mengelak Telur Ikan Mudah Hancur -

Untuk mengelak telur ikan mudah hancur semasa memasak, Anda perlu basuh terlebih dahulu telur ikan. Kemudian rendam selama 10 minit dalam air kapur. Bilas dengan air bersih, rebus seketika sebelum dimasak. Telur tersebut akan lebih sukar untuk hancur




Petua Bagi Mengelak Telur Ikan Mudah Hancur shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments

Petua Mengelak Nasi Mentah

Petua Mengelak Nasi Mentah -

Sekiranya nasi yang anda masak mentah, Masukkan air dalam cawan letak ditengah periuk tutup semula periuk macam biasa. Tindih periuk dengan sesuatu yang berat untuk menghalang wap keluar dengan cepat..

Insyaallah nasi anda xakan mentah lagi.. Cuba dulu baru tau!!!!



Petua Mengelak Nasi Mentah shared from shaed
Republish by The CC Resepi
6 Aug 2015 0 comments

Daging Gulai Darat

Daging Gulai Darat -
Daging Gulai Darat
Sumber :  CT Delima

Bahan-bahan :
300 gm daging lembut - bersihkan dan dipotong kiub

1 sudu kecil pes asam jawa
2 1/2 cawan santan - dari 1 biji kelapa
1 sudu besar ketumbar biji - disangrai dan tumbuk halus
1 sudu besar cili kisar
2 biji kentang - potong dadu besar
3 tangkai cili hijau/merah - dibelah dua
1 sudu besar gula merah
garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 cm kunyit hidup
1/4 cm lengkuas

Cara-cara :
1. Campurkan bahan kisar  bersama daging, cili kisar, sedikit air dan pes asam jawa dalam kuali. dan masak sehingga mendidih dan daging lembut.
2. Masukkan santan, kentang, ketumbar tumbuk, garam dan gula merah kacau rata dan biarkan hingga kentang dan daging empuk dengan api sederhana.
3. Sebelum di angkat, masukkan cili hijau/merah kacau rata dan angkat. Hidangkan bersama nasi hangat.

Daging Gulai Darat


Daging Gulai Darat shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
4 Aug 2015 0 comments

Ayam Black Pepper

Ayam Black Pepper -

Ayam Black Pepper

Bahan-bahan
5 ketul ayam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar

- Gaul bersama ayam dan perap selama 30 minit.

Sos Black Pepper
6 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - dihiris
1 sudu serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
5 biji cendawan butang - dihiris
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :
1.  Goreng ayam hingga masak.  Angkat dan ketepikan.
2.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga naik bau.  Masukkan cendawan dan biarkan sebentar.
3.  Masukkan sos tiram, kicap manis, air dan bancuhan tepung jagung.  Masak sebentar hingga nampak pekat.
4.  Masukkan ayam yang di goreng dan gaul hingga rata.
5.  Perasakan dengan secubit garam dan sedikit gula




Ayam Black Pepper shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Gulai tempoyak ikan nyok-nyok

Gulai tempoyak ikan nyok-nyok -
Ikan nyok-nyok ni selalunya saya masak kari tapi kali ni saya cuba masak gulai tempoyak pula . Sedapnyaa isi ikan nyok-nyok yang manis ni bila dah masak dan sebati dengan kuah tempoyak . Alhamdulillah ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan nyok-nyok - berat 1 kg
2 batang serai - dititik
tempoyak secukupnya 
Air secukupnya - menutupi ikan dlm periuk
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji cili merah - boleh tambah
1 cm kunyit hidup

* Masukkan sedikit demi sedikit tempoyak sehingga sedap ikut selera sendiri , saya guna dalam 7 sudu besar tempoyak .

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan masak kuah sampai mendidih . Masukkan semua ikan nyok-nyok dan garam serta gula secukup rasa , kacau semua bahan sehingga sebati . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.



Gulai tempoyak ikan nyok-nyok shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
3 Aug 2015 0 comments

Kerabu pucuk-paku & taugeh

Kerabu pucuk-paku & taugeh -
Alhamdulillah sedapnya kerabu pucuk-paku ni , puas hati bila dapat buat kerabu sendiri . Kita masak sendiri terjamin kebersihan dan kesedapannya . Masak la sendiri apa saja makanan yang kita nak nak makan dan nak bagi suami serta anak-anak makan . Besar pahala bagi seorang ibu/iteri yang menyedia dan masak makanan untuk keluarganya . Amalkan baca bismillah dan selawat setiap kali kita nak mula masak insyallah Allah berkati setiap aktiviti masakan yang kita lakukan . Masak masak berdoa la perkara yang baik supaya makanan yang kita amsak dan dimakan oleh kita dan keluarga menjadikan diri kita sihat supaya kita dapat menjalani/melakukan aktiviti serta beribadah dengan lebih baik kerana Allah Taala .


BAHAN-BAHAN :

2 ikat pucuk paku
2 cawan taugeh
1 biji bawang merah besar
1 tangkai lada merah
5 sudu besar udang kering - rendam sekejap
1 biji limau kasturi - boleh ditambah atau dikurangkan
Sedikit belacan
Kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda kemudian celur pucuk paku ini sampai layu . Bersihkan taugeh dan celur kejap dalam 20 saat saja . Tos pucuk paku dan taugeh serta ketepikan dulu .

Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.



Kerabu pucuk-paku & taugeh shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
 
;