Bahan-bahan ( 5-6 0rang )
- Bahan A: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, 1 inci halia
- Bahan B: 2 biji kentang dipotong empat, 1 biji cili merah dimayang, 1 biji bawang besar dimayang,
- Bahan C: 1 sudu kecil halba campur, 3 sudu rempah kurma , 1/4 sudu serbuk jintan manis, 1/4 sudu serbuk jintan putih, 1/2 cawan air
- 3 cawan santan, garam dan 1/2 sudu gula, 1/2 ekor ayam, 1/4 sudu asam jawa yg dicampur 3sudu air
Cara-cara
Bahan A ditumbuk lumat, Bahan B dipotong dan dimayang, Bahan C dicampur dan digaul bersama 1/2 cawan air- Tumis bahan A hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan C. Tumis lagi sehingga wangi.
Masukkan ayam dan gaul rata. Tambahkan 1/2 cawan air dan masukkan kentang. Masukkan garam dan gula dan santan.- Kecilkan api dan biarkan mendidih. Sesekali kacau dan tunggu sehingga santan kering.
Apabila sudah kering, masukkan air asam jawa, cili merah dan bawang besar yang dimayang. Gaul rata. Sedia untuk dihidang- Klik untuk isi cara-cara di sini
Kerutup ayam shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment