Bahan-bahannya:
3 ketul dada ayam - dipotong kecil2
1 btang carrot - dipotong memanjang
Bunga kobis - ikut suka nak buh byk mana..
3 btg baby corn
kacang panjang - ikut suka byk mana
1 labu bwg besar - dibelah 2 & dipotong semi bulatan
1 inci lengkuas- dititik
sebtg serai.
1 biji tomato - dibelah 4
2- 3 helai daun limau purut
Sepokok daun ketumbar - akarnya jgn dibuang ( basuh bersih2)
Sepeket perencah tom yam - ikutlah brand apa..
Sedikit minyak utk menumis.
4-5 cwn air - terpulanglah..
10 biji cili padi - dibelah 2
Cara- caranya
** Tumis bwg besar hingga naik bau.Slps itu masukkan ayam yg telah dipotong.
** Apabila ayam separuh masak,masukkan perencah tom yam dan serai..Kacau seketika.
** Masukkan air dan lengkuas.Setelah mendidih masukkan sayur2an dan cili padi..Biarkan seketika.
** Kemudian masukkan akar daun ketumbar yg telah dibasuh bersih2.Jgn lupa masukkan daun
limau purut.Masukkan garam secukup rasa.
** Padamkan api dan masukkan daun ketumbar supaya aroma tom yam terbit..
Selamat menjamu selera..
Tom Yam shared from shaed
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment