3 Oct 2013

Akok Berlauk

Akok Berlauk -



Akok Berlauk



Bahan-Bahan:

10 biji telur ayam

10 sudu gula

300 gm tepung gandum



Bahan untuk inti:

500 gm daging lembu

500 gm bawang besar







2 sudu besar rempah kermuk

8 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1 inci halia

Garam dan gula secukup rasa



Cara:

Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata.



Cara membuat inti:

Daging direbus dan dihiris halus. Bawang besar dipotong nipis. Campurkan semua rempah yang telah digiling.

Sediakan kuali dengan minyak. Apabila panas, masukkan rempah biar garing dan masukkan daging. Setelah

masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa.Masukkan ke dalam acuan

(separuh) kemudian masukkan inti, selepas itu masukkan separuh lagi adunan.



Akok Berlauk shared from shaed

Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;